Shenzhen Inovatif, Teroka Peluang Bersama Asia Pasifik

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 11 November 2026

Pelancong menyaksikan pertunjukan robot di luar kedai robot 6S pertama di daerah Longgang, Shenzhen, 21 Oktober 2026. (Yang Qian, People's Daily Online)

Pelancong menyaksikan pertunjukan robot di luar kedai robot 6S pertama di daerah Longgang, Shenzhen, 21 Oktober 2026. (People's Daily Online/Yang Qian)

Sepanjang lebih 40 tahun lalu, Shenzhen telah bangkit daripada titik permulaannya sebagai hab memproses aktiviti dagang kepada penjana inovasi sains dan teknologi. Kepesatan pertumbuhan telah melonjakkan status bandar di provinsi Guangdong ini kepada “Kota Inovasi”, dengan peranannya selaku zon demonstrasi inovasi bebas pertama di peringkat negara.

Shenzhen yang inovatif ini bakal menjadi tuan rumah kepada satu acara yang cukup penting di Asia Pasifik. Pada 18 hingga 19 November, Mesyuarat Tidak Rasmi ke-33 Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) akan berlangsung di sini, membawa tema “Membangunkan Sebuah Komuniti Asia Pasifik Demi Kemakmuran Bersama”. Keterbukaan, inovasi dan kerjasama akan menjadi tiga fokus mesyuarat.

Kenderaan muat dan punggah sendiri tanpa pemandu, Neolithic X3 selesai persiapan di Stesen Metro Futian dan berlepas untuk menghantar barang ke lapangan terbang. (Imej ihsan Pusat media Daerah Longgang, Shenzhen)

Kenderaan muat dan punggah sendiri tanpa pemandu, Neolithic X3 selesai persiapan di Stesen Metro Futian dan berlepas untuk menghantar barang ke lapangan terbang. (Imej ihsan Pusat media Daerah Longgang, Shenzhen)

Nilai inovasi tidak pernah terbatas kepada mana-mana bandar atau wilayah. Dengan pendirian ini, Shenzhen terus-menerus membuka pintunya kepada rakan kongsi di Asia Pasifik.

Shenzhen SME Going Global Reception Hall (Longgang Station) yang menyokong peluasan perusahaan kecil dan sederhana ke seberang laut, mengendalikan kerjasama antarabangsa bernilai lebih 10 bilion yuan setahun. Subsidiari WeBank, WeBank Technology pula telah menjalinkan perkongsian dengan lebih 35 institusi dari negara dan wilayah Jalur dan Laluan termasuk Indonesia, Thailand, Malaysia, Singapura dan UAE, membantu bank digital tempatan menaiktarafkan sistem teras masing-masing. Selain itu, Taman Eko Tenaga Longgang turut melaksanakan projek sisa-kepada-tenaga di Asia Tenggara dan juga Kazakhstan, membekalkan jalan alternatif yang hijau dan lestari kepada komuniti setempat.

Institut Sains Perubatan Shenzhen menawarkan platform makmal kongsi untuk saintis dan doktor. (Yang Qian, People's Daily Online)

Institut Sains Perubatan Shenzhen menawarkan platform makmal kongsi untuk saintis dan doktor. (People's Daily Online/Yang Qian)

Lautan Pasifik yang luas terbentang menyambungkan 21 negara APEC di satu jalan pembangunan bersama. China sedia berdampingan dengan semua pihak, memarakkan api inovasi untuk menyuluh perjalanan menuju kejayaan bersama, menempuh haluan ke arah masa depan yang lebih cerah buat seluruh komuniti Asia Pasifik.

Video

Berita Berkaitan