- Lain-lain
Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-33 Menjadi Tumpuan

Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-33 yang akan berlangsung di bandar Shenzhen, selatan China pada 18 hingga 19 Nov ini mendapat perhatian meluas masyarakat antarabangsa.
Sebagai tuan rumah APEC buat kali ketiga, China bukan sahaja menyuntik momentum penggerak kepada kerjasama rantau Asia-Pasifik, malah turut membawa lebih banyak kepastian, kestabilan dan dorongan positif kepada pertumbuhan ekonomi global serta kerjasama antarabangsa.
Masyarakat antarabangsa turut menaruh harapan agar semua anggota APEC memperkukuh persefahaman, mencapai persetujuan DeklarasiShenzhen, dan melakarkan lebih banyak hasil praktikal dalam sektor perdagangan, kesalinghubungan, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI).
Ini sekali gus akan memacu pembinaan Komuniti Asia-Pasifik dengan menterjemahkan matlamat yang digariskan kepada tindakan nyata dan merealisasikan visi pembangunan serantau.
Dengan merangkumi hampir 40 peratus populasi dunia, ekonomi anggota APEC menyumbang lebih 60 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) globaldan hampir separuh daripada jumlah perdagangan dunia, hasil keterbukaan, kesalinghubungan serta pemanfaatan kelebihan masing-masing.
Pada tahun 2025, China telah menjadi rakan dagangan terbesar bagi 13 ekonomi anggota APEC.
Sepanjang tempoh sepuluh bulan pertama tahun ini, nilai import dan eksport China dengan ekonomi anggota APEC yang lain menyumbang kira-kira 60.4 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan luar negara pada tempoh yang sama.
Mesyuarat di Shenzhen akan menyaksikan China bersama-sama dengan semua ekonomi anggota APEC untuk terus memegang matlamat asal pertubuhan ekonomi berkenaan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
Ini termasuk memperluas keterbukaan ekonomi, membangunkan ekosistem inovasi bersama serta meneroka peluang kerjasama baharu bagi memperkukuh pembentukan Komuniti Asia-Pasifik.
Usaha berkenaan sekali gus diharap dapat memacu kerjasama serantau dan meningkatkan "sumbangan Asia-Pasifik" kepada pertumbuhan ekonomi dunia.
- Shenzhen Kolaboratif, Lakar Kejayaan Bersama Asia Pasifik
- 12 Pemimpin akan Hadir Sidang Kemuncak CEO APEC
- Presiden Xi akan Hadir Sidang Kemuncak APEC 2026 di Shenzhen
- Robot Berkhidmat, Ronda Jalan di Shenzhen
- Jumlah Peserta Sidang Kemuncak Pemimpin Perniagaan APEC Dijangka Melebihi 2,000
- Shenzhen Inovatif, Teroka Peluang Bersama Asia Pasifik
- Laman Sesawang Pusat Berita Minggu Mesyuarat Pemimpin APEC 2026 Dilancarkan
- Mesyuarat Menteri Luar, Menteri Perdagangan APEC Fokuskan Pembinaan Komuniti Asia Pasifik
- Mesyuarat Menteri Luar, Perdagangan APEC Berlangsung di Beijing
- Import dan Eksport Kawasan Teluk Besar dengan Entiti Ekonomi APEC Kekal Mantap




