Jumlah Peserta Sidang Kemuncak Pemimpin Perniagaan APEC Dijangka Melebihi 2,000

(CRI)Rabu 11 November 2026

Sidang Kemuncak Pemimpin Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 bakal berlangsung di Shenzhen pada 17 hingga 18 November ini, dengan segala persiapan kini memasuki fasa akhir menjelang penganjurannya.

Setakat ini, pelbagai syarikat terkemuka termasuk yang tersenarai dalam "Fortune Global 500 seperti Google, Boeing, UBS dan Charoen Pokphand Group telah mengemukakan permohonan menyertai sidang kemuncak berkenaan.

Bertemakan “Bersama Memacu Kemakmuran Demi Masa Depan Yang Sama Menang”, Sidang Kemuncak Pemimpin Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 turut memberikan tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama dalam sektor ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), pembangunan hijau dan rendah karbon.

Ini termasuk memberi perhatian kepada usaha merapatkan jurang pembangunan serta menggalakkan pembangunan yang inklusif bagi membolehkan manfaat inovasi dapat dikongsikan oleh lebih banyak entiti ekonomi, sekali gus membantu Asia-Pasifik menuju masa depan yang lebih terbuka, inklusif dan mampan.

Video

Berita Berkaitan