- Lain-lain
Argentina Juara Piala Dunia Qatar 2022
![]() |
| Perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 antara Argentina dan Perancis berlangsung di Stadium Lusail pada 18 Disember. (foto: Li Ga/Xinhua) |
Argentina memenangi perlawanan akhir yang boleh dikatakan terhebat dalam sejarah Piala Dunia menerusi sepakan penalti 4-2 selepas menyusuli keputusan 3-3 sampai masa tambahan, pada 18 Disember.
Messi membuka jaringan gol untuk Argentina melalui sepakan penalti pada minit ke-23.
Di Maria menambah gol kedua Argentina pada minit ke-36, dengan kerjasama yang cemerlang daripada taktik tendangan voli.
Argentina kelihatan mengawal perlawanan sepenuhnya, tetapi Mbappe memberi Perancis talian hayat dengan sepakan penalti pada minit ke-80 dan seminit kemudian dia menambah satu lagi gol untuk pasukannya melalui tendangan voli yang dihantar daripada Coman.
Keputusan 2-2 kekal hingga tamatnya 90 minit. Perlawanan memasuki masa tambahan.
Messi sekali lagi meletakkan Argentina di depan melalui jaringan gol pada minit ke-108, manakala Mbappe sekali lagi menyamakan kedudukan Argentina dengan sepakan penalti selepas sepakannya sebelum ini disekat oleh lengan Gonzalo Montiel.
Perlawanan selepas masa tambahan berakhir dengan keputusan 3-3 dan memasuki penentuan sepakan penalti.
Penentuan menyaksikan Messi dan Mbappe menyempurnakan penalti mereka. Ketika penjaga gol Argentina, Emiliano menyelamatkan sepakan penalti Coman lalu Aurelien Tchouameni dari Perancis gagal menyempurnakan penaltinya, Argentina hanya selangkah bergelar juara. Dengan Gonzalo Montiel menyempurnakan penaltinya untuk Argentina, tibalah masa untuk Argentina meraikan kemenangan mereka.
- Jadi Messi China, Impian Remaja Xinjiang
- Perancis ke Final Piala Dunia
- Maghribi, ‘Kuda Hitam’ Piala Dunia 2022
- Syarikat China Untung Besar di Piala Dunia
- Ghana Tundukkan Korea Selatan
- Impian Bola Sepak Semarak di Dataran Tinggi
- Elemen Sains, Teknologi Penuhi Piala Dunia Qatar
- Beg Media Olimpik Beijing di Piala Dunia Qatar 2022
- Piala Dunia 2022 Buka Tirai di Qatar
- ‘Buatan China’ Bantu ‘Piala Dunia Hijau’ di Qatar




