Guatemala Diingat Jangan Beranikan Kuasa Pemisah

(CRI)Rabu 26 April 2023

China mengingatkan pentadbiran Giammattei jangan memberanikan kuasa pemisah dan melakukan tindakan yang bertentangan dengan trend antarabangsa serta aspirasi penduduk Guatemala.

Jurucakap Kementerian Luar Mao Ning membuat kenyataan itu semasa sesi taklimat pada Selasa, ketika diminta mengulas pendirian Presiden Guatemala Alejandro Giammattei yang menyuarakan sokongan kepada Taiwan.

Menurut Mao, terjalinnya hubungan diplomatik antara China dengan 182 buah negara membuktikan bahawa prinsip satu China merupakan konsensus antarabangsa dan selaras dengan aspirasi semua.

"Cubaan Parti Progresif Demokratik (DPP) meluaskan 'ruang antarabangsa' hanyalah frasa yang menipu diri sendiri.”

"Prinsip satu China merupakan norma asas perhubungan antarabangsa dan konsensus masyarakat antarabangsa. Cubaan 'kemerdekaan Taiwan' pasti akan gagal," ujar beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan