Rondaan Keselamatan PLA, Amaran Tegas kepada Kumpulan Pemisah "Kemerdekaan Taiwan"

(CRI)Selasa 11 April 2023

Rondaan keselamatan sebagai persiapan bertempur mengelilingi pulau Taiwan dan latihan "Joint Sword" yang dijalankan Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China merupakan amaran tegas kepada gerak-geri provokatif kumpulan pemisah "Kemerdekaan Taiwan" yang bersekongkol dengan kuasa luar, dan juga langkah semestinya untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah China.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang akhbar pada Isnin.

“Jurucakap Kementerian Luar telah mengeluarkan kenyataan mengenai ‘transit’ Tsai Ing-wen di AS dengan menekankan bahawa China akan mengambil langkah yang tegas untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah sebagai tindak balas kepada perlakuan bersekongkol antara Amerika Syarikat dengan pembelot Taiwan yang dianggap salah belaka,” kata Wang.

Ketika menjawab pertanyaan berhubung sama ada latihan ketenteraan akan meruncingkan ketegangan situasi di kawasan terlibat, Wang menegaskan bahawa isu Taiwan merupakan urusan dalaman China, dan prinsip Satu-China adalah konsensus umum masyarakat antarabangsa dan norma asas dalam hubungan antarabangsa.

“Ancaman terbesar bagi keamanan di kedua-dua pantai Selat Taiwan adalah kegiatan memecahbelahkan negara yang dilakukan kumpulan pemisah ‘Kemerdekaan Taiwan’ dan sokongan asing terhadap kegiatan mereka.”

“Kami (China) berharap masyarakat antarabangsa boleh menginsafi isu Taiwan, berpegang kepada prinsip Satu-China dan menentang aktiviti kumpulan pemisah untuk ‘kemerdekaan Taiwan’ dalam semua bentuk.”

"Pergerakan 'Kemerdekaan Taiwan' sama sekali tidak kondusif bagi keamanan dan kestabilan kedua-dua pantai Selat Taiwan. Untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan, aktiviti kumpulan pembelot dalam semua bentuk mesti ditolak,” kata Wang.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan