Kisah Hadiah kepada Xi: Peta Kuno, Saksi Sejarah Jalan Sutera Maritim

Pada 22 Mac hingga 1 April 2014, Presiden China Xi Jinping membuat lawatan rasmi ke Eropah. Dalam lawatan itu, Martin Schulz, Presiden Parlimen Eropah semasa, menghadiahkan sehelai peta Eropah yang dilakar oleh Abraham Ortelius, ahli geografi ternama pada abad ke-16. Peta ini adalah salah satu bahan rujukan bagi Kunyu Wanguo Quantu, peta dunia pertama di China, memberi makna yang tidak ternilai tingginya. Peta kuno ini adalah saksi sejarah Jalan Sutera Maritim dan juga hasil pertembungan budaya China dan Barat.

Peta Eropah yang dihadiahkan daripada Martin Schulz, Presiden Parlimen Eropah semasa, kepada Presiden Xi Jinping pada Mac 2014.

Peta Eropah yang dihadiahkan daripada Martin Schulz, Presiden Parlimen Eropah semasa, kepada Presiden Xi Jinping pada Mac 2014.

Pada Mac 2019, iaitu lima tahun kemudian, ketika Xi Jinping sekali lagi menjejak kaki ke tanah Eropah, China dan Itali memeterai memorandum persefahaman (MoU) tentang pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan disaksikan oleh Xi Jinping dan Giuseppe Conte, Perdana Menteri semasa negara itu. Lebih 400 tahun dahulu, Matteo Ricci mengembara ke Timur dengan menyusuri Jalan Sutera Maritim dan menjadi perintis yang menyebarkan ilmu sains Barat di China. 400 tahun kemudian, Itali yang juga tanah air Matteo, antara negara G7 pertama yang menjalinkan kerjasama dengan China tentang pembinaan bersama BRI.

Ketika kesan pandemik COVID-19 masih terasa serta situasi dunia yang tidak menentu, hubungan China-Eropah berdepan cabaran yang cukup besar namun juga menunjukkan daya tahan yang cukup kuat. Antara buktinya, termeterai Perjanjian Tanda Geografi China-Eropah, rundingan perjanjian pelaburan China-Eropah selesai seperti dijadualkan, penyertaan negara-negara Eropah dalam lima Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) dan lawatan Canselor Jerman, Olaf Scholz serta Presiden Majlis Eropah, Charles Michel ke China selepas Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China.

Presiden Xi Jinping bertemu dengan Presiden Majlis Eropah, Charles Michel, di Beijing pada 1 Disember 2022. (Xinhua/Ding Ling)

Presiden Xi Jinping bertemu dengan Presiden Majlis Eropah, Charles Michel, di Beijing pada 1 Disember 2022. (Xinhua/Ding Ling)

Kata Presiden Xi ketika bertemu dengan Presiden Majlis Eropah, Charles Michel, pada 1 Disember 2022, mengekalkan momentum yang progresif bagi hubungan China-Eropah serta berpegang kepada konsep saling menguntungkan dan menang-menang, sesuai dengan kepentingan kedua-dua pihak serta masyarakat antarabangsa. Semakin tegang suasana antarabangsa dan semakin menonjol cabaran global, maka semakin penting erti hubungan China-Eropah bagi dunia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan