Sebahagian Lagi Anugerah SIFF ke-25 Terdedah

(CRI)Isnin 19 Jun 2023

Upacara penyampaian Anugerah Golden Goblet Pesta Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) ke-25 diteruskan di Shanghai pada Sabtu lalu.

Anugerah Filem Terbaik dimenangi filem Jepun 'YOKO', yang kemudian dinobatkan lagi sebanyak dua kali, iaitu bagi kategori Anugerah Penulis Skrip Terbaik dengan prestasi Kosuke Muroi dan Sou Namiko, dan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dengan prestasi Rinko Kikuchi.

Filem 'Muyeres' dari Sepanyol meraih Anugerah Juri SIFF dan Penggambaran Terbaik. Liu Jiayin, menjadi pemenang Anugerah Pengarah Terbaik, sedangkan Hu Ge pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, melalui karya mereka 'ALL EARS'.

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik juga diberi kepada Dapeng disebabkan prestasinya yang luar biasa dalam filem 'Dust To Dust' hasilan China. 'Good Autumn, Mommy' hasilan China juga menjadi pemilik Anguerah Sumbangan Kesenian.

Selain itu, filem kerjasama Iceland-Kanada 'Chasing Birds' digelar Filem Kartoon Pendek Terbaik, manakala filem Rusia ‘The House We Had’ pulang dengan menggondol Anugerah Live Action Short Terbaik, filem Hungary 'Four Souls of Coyote' Filem Kartoon Terbaik, filem kerjasama Jordan-Lubban-Qatar-Sepanyol 'Anxious in Beirut' Filem Dokumentari Terbaik.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan