Kashgar Gabung Budaya Pelbagai Etnik, Mudahkan Dagangan Eurasia (2)

Penduduk tempatan bermain alat muzik di kedai teh di kawasan berpemandangan indah bandar purba Kashgar, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China, 7 Mac 2023. (foto: Li Xiang/Xinhua)

Penduduk tempatan bermain alat muzik di kedai teh di kawasan berpemandangan indah bandar purba Kashgar, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China, 7 Mac 2023. (foto: Li Xiang/Xinhua)

Di mana sejarah bertemu dengan kemodenan

Di balkoni tingkat dua kedai teh, orang ramai berlenggok-lenggok mengikut alunan melodi rawap, alat muzik bertali, serta rentak rebana yang berirama.

Walau bagaimanapun, satu masa dahulu, tempat ini mungkin tidak begitu mengalu-alukan pelancong.

"Rumah-rumah di bandar lama kebanyakannya dibina menggunakan struktur bata dan kayu. Rumah-rumah tersebut tidak mempunyai daya tahan terhadap gempa bumi dan tidak berupaya menghadapi bahaya, seperti dinding yang terdedah kepada kerosakan banjir dan menyukarkan proses menyelamatkan sewaktu kebakaran," kata Memet Usman, bapa kepada Memetkerim Memet yang juga merupakan bekas pengurus kedai teh.

Pada tahun 2010, satu projek telah dimulakan dengan pelaburan lebih 7 bilion yuan (kira-kira 4.5 bilion ringgit) untuk mengubah suai rumah usang. Ia melibatkan populasi lebih daripada 200,000 orang dan kawasan seluas 8 km persegi di bandar lama itu. Hasilnya, lebih 7,000 kediaman tradisional yang mempunyai kepentingan sejarah dan budaya telah dibaiki dan diperkukuh walaupun corak spatial asalnya tetap dikekalkan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan