Pulangkan Semula Panda Gergasi ke Kawasan Liar

(CRI)Selasa 23 Mei 2023
Pulangkan Semula Panda Gergasi ke Kawasan Liar

Pangkalan Hetaoping dari Pusat Perlindungan dan Penyelidikan Panda Gergasi China yang terletak di provinsi Sichuan memikul tanggungjawab untuk memulangkan panda gergasi ke kawasan liar.

Selain menjaga panda gergasi dengan teliti, penjaga di sini juga perlu mengekalkan status “halimunan” pada setiap masa.

Setiap kali sebelum memasuki kandang, penjaga akan menyamarkan diri dengan memakai kostum panda gergasi serta dilengkapi dengan najis dan rembesan panda gergasi untuk efek yang lebih sebenar.

Dengan usaha yang sedemikian, ia secara tidak langsung dapat membantu panda gergasi memulihkan pergerakan masing-masing, selain boleh pulang ke kawasan liar untuk hidup dan membiak seperti biasa.

Setakat ini, sebanyak 11 ekor panda gergasi dari pangkalan itu telah menyelesaikan latihan pergerakan dan dipulangkan semula ke kawasan liar.

Antaranya, sembilan ekor berjaya mengadaptasi kehidupan ke dalam kelompok liar dan berisiko terpupus, sekali gus mencapai matlamat penting panda gergasi dapat meneruskan kehidupan dan membiak dalam alam sekitar serta meningkatkan taraf biodiversiti.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan