Foto Muka Penuh Satu-satunya Panda Putih

Foto Muka Penuh Satu-satunya Panda Putih
(foto: Chinanews.cn)

Pada 27 Mei, Pentadbiran Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Wolong di provinsi Sichuan menyiarkan foto pertama yang memaparkan muka penuh satu-satunya panda gergasi putih di dunia. Kelibat panda albino itu pernah digambarkan pada April 2019 di rizab tersebut oleh kamera inframerah pada ketinggian kira kira 2,000 meter. Menurut laporan, panda berkenaan berusia lima atau enam tahun. Setakat ini, tiada tanda-tanda menunjukkan mutasi gen menjejaskan tumbesaran, kesihatan dan aktiviti sosial haiwan itu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan