Promosi Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan Diadakan di KL

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 29 November 2023

Foto udara ini menunjukkan Zon Pembangunan Ekonomi Yangpu di provinsi Hainan, selatan China. (Xinhua/Pu Xiaoyu)

Satu acara bagi mempromosikan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan diadakan di Kuala Lumpur pada Isnin.

Dengan tema “Berkongsi Peluang Baharu daripada Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, Mencipta Masa Depan Baharu Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP)”, acara tersebut memperkenalkan kelebihan-kelebihan dasar dan peluang perniagaan pelabuhan terbabit, menyasarkan pertukaran serta kerjasama ekonomi dan perdagangan yang lebih kukuh antara provinsi Hainan di selatan China dengan negara Malaysia.

Antara yang hadir menyerikan majlis termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Liew Chin Tong dan Duta Besar China, Ouyang Yujing. Turut hadir, lebih 400 wakil dari jabatan-jabatan berkenaan kerajaan Malaysia, syarikat, persatuan perniagaan serta delegasi peniaga dari Hainan.

Acara juga menyaksikan pemeteraian perjanjian berhubung lapan projek usaha sama utama melibatkan pertanian, perdagangan, pendidikan dan perkhidmatan perniagaan, yang bertujuan memperdalam perkongsian dua hala antara Hainan dan Malaysia.

Video

Berita Berkaitan