2,537 Badan Air Dimasukkan dalam Program Pembinaan Sungai dan Tasik Indah

(CRI)Rabu 13 Mac 2024

Kementerian Ekologi Alam Sekitar China memutuskan untuk memasukkan 2,573 badan air ke dalam program pembinaan sungai dan tasik indah pada tahun ini. Kebanyakan badan air itu ialah sungai dan tasik yang dilengkapi pusat pemantauan peringkat negara.

Sejak China melancarkan program pembinaan sungai dan tasik indah pada tahun 2021, Kementerian Ekologi Alam Sekitar membimbing pelbagai wilayah untuk melaksanakan program tersebut, dan memilih 56 contoh cemerlang termasuk Sungai Maozhou di Shenzhen, Tasik Yundang di Xiamen, dan Tasik Qiandao di Zhejiang.

Menurut perancangan, kira-kira 40 peratus daripada 2,573 badan air itu akan dibina menjadi sungai atau tasik indah mengikut piawaian menjelang tahun 2027.

Video

Berita Berkaitan