Bunga Mekar dan Bulan Penuh: Kebahagiaan Konjugal yang Sempurna di Luoyang (3)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 09 April 2024

Tradisi yang Baik, Fesyen Orang Muda: Kebangkitan Hanfu

Grafik direka oleh: Chizao

Grafik direka oleh: Chizao

Aksara Cina 好, yang bermaksud baik, terdiri daripada dua karakter: 女 dan 子. Karakter 女 dan 子 masing-masing mewakili perempuan dan lelaki. Lelaki dan wanita muda Luoyang memakai Hanfu sebagai tanda menzahirkan kekaguman mereka terhadap budaya tradisional Cina; dan trend tersebut kini semakin popular di seluruh China.

Hanfu ialah gaya pakaian dari China purba. Perkembangan budaya hanfu telah membantu lebih 1,000 perniagaan berkaitan hanfu di Luoyang, iaitu sebuah bandar yang terkenal dengan sejarah panjangnya, khususnya budaya dinasti Tang.

Memetik laporan China Daily, Luoyang ialah lokasi daftar masuk hanfu paling popular di Douyin, selama enam bulan pada 2023. Kedai Hanfu di bandar purba Luoyi di bandar itu menarik purata 56,000 pengunjung setiap hari. Manakala, topik "hanfu Luoyang" telah menerima bacaan dalam talian sebanyak 2.48 bilion hanya pada platform Douyin sahaja.

Tahun ini, peminat Hanfu berduyun-duyun ke Luoyang sekali lagi untuk menyelami budaya tempatan. Dengan pelbagai persembahan interaktif dan suasana yang meriah, bandar tersebut menawarkan peluang unik kepada pelancong untuk menikmati pakaian tradisional Hanfu dan merasai lebih mendalam terhadap budaya tempatan.

Papan tanda yang menunjukkan bilik mandi untuk pelancong di muzium Luoyang, dengan ikon memakai hanfu Tang. (Foto oleh Chizao)

Papan tanda yang menunjukkan bilik mandi untuk pelancong di muzium Luoyang, dengan ikon memakai hanfu Tang. (Foto oleh Chizao)

Luoyang ialah bandar yang mempamerkan budaya Dinasti Tang. Unsur-unsur Tang hanfu adalah perkara biasa di bandar. Sebagai contoh, anda boleh mencari figura yang memakai hanfu Tang dengan mudah pada papan tanda jalan dan tanda tandas.

Patung mini wanita memakai hanfu Tang dari kedai cenderahati di Luoyang. (Foto oleh Chizao)

Patung mini wanita memakai hanfu Tang dari kedai cenderahati di Luoyang. (Foto oleh Chizao)

Budaya hanfu di bandar ini juga telah memberi inspirasi kepada industri budaya dan kreatif tempatan, sekali gus menjadikannya sebagai tonggak baharu ekonomi bandar.

Sejumlah besar muzium di Luoyang turut menghasilkan barangan budaya "wanita Tang yang gempal" berdasarkan artifak dan peninggalan Tang yang sangat popular.

Video

Berita Berkaitan