Industri Jepun Semakin Terjejas Akibat Tarif AS

(CRI)Rabu 28 Mei 2025

Kerajaan Jepun akan sedaya upaya menyokong pelbagai industri domestik yang semakin terjejas akibat kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat (AS).

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dalam mesyuarat mengenai langkah mengatasi kesan tarif AS yang berlangsung di kediaman rasminya pada Selasa.

Menurut beliau, keuntungan sebahagian syarikat Jepun bagi tahun fiskal ini dijangka menurun disebabkan kenaikan tarif AS selain perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga bimbang mengenai prospek masa depan industri berkenaan.

Video

Berita Berkaitan