- Lain-lain
China Seru Sinergi untuk Realisasi Pembangunan Lestari
Pihak terbabit harus menggalas tanggungjawab yang diamanahkan ke arah mencapai matlamat pembangunan lestari dalam pelbagai bidang, kata Naib Presiden China Han Zheng.
Han menyampaikan ucapan pada Debat Umum sempena Persidangan Lautan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOC) edisi ketiga di Nice, Perancis pada Isnin.
Beliau berkata perlunya sinergi dibentuk untuk membina lautan yang aman, selamat, makmur dan inklusif, selain usaha diperkasa dalam meningkatkan ketersambungan lautan dan kerjasama pragmatik.
China akan mempergiatkan program kerjasama dua hala dan pelbagai hala bagi menyokong negara membangun lain termasuk negara kepulauan kecil dalam melaksanakan matlamat pembangunan mampan.
Kepelbagaian tamadun kelautan harus dihargai, kata Han sambil menambah bahawa lebih banyak platform dialog berkaitan urusan maritim perlu ditubuhkan dan orde lautan yang adil, terbuka dan terangkum diwujudkan.
Menurut beliau, pihak terlibat hendaklah meneruskan usaha ke arah membina lautan yang bersih dan indah.
Ujarnya, China akan meningkatkan kolaborasi dengan pertubuhan antarabangsa dalam memajukan tadbir urus lautan dan pembangunan hijau, serta menyokong perjanjian mengenai pemeliharaan biodiversiti marin dunia supaya berkuat kuasa seawal mungkin.
- Golongan Muda Pilih Gaya Hidup Hijau
- China Komited Berganding Bahu dengan Pelbagai Pihak untuk Promosi Pembangunan Hijau
- China Selesaikan Penghijauan Seluas 6.67 Juta Hektar pada 2024
- Kementerian Kewangan Keluarkan Bon Hijau Berdaulat China di Luar Negara
- Xi Beri Arahan Mengenai Penubuhan Kumpulan Kitar Semula Sumber China
- Teknologi Termaju Dipamerkan Pada Ekspo China-Asia Selatan
- China Tetapkan Sasaran Hijau untuk Pusat Data
- Minyak Sawit, Jambatan Hubungkan Rakyat China-Malaysia
- Mesyuarat GEIDCO Fokuskan Transformasi Hijau
- China Jadi Teladan Jayakan Transformasi Hijau - Kata Diplomat Asing