Pengimportan Buah Tropika Semakin Rancak Susulan Operasi Ekspres Lancang-Mekong

(CRI)Isnin 16 Jun 2025

Data Kastam China menunjukkan bahawa dari Januari hingga April tahun ini, jumlah kumulatif import durian melalui Laluan Kereta Api China-Laos telah melebihi 100,000 tan, manakala purata import harian buah-buahan tropika melebihi 2,000 tan. Peningkatan pengimportan tersebut tidak terlepas dari penghasilan durian di timur Thailand yang melambung lebih daripada 30 peratus, dan kerancakan pemain industri durian dari Vietnam dan Malaysia.

Memandangkan durian mempunyai kriteria tinggi dari segi had masa pengangkutan dan kesegaran, China Railway Kumpulan Kunming telah menambahkan perkhidmatan 'Lancang-Mekong Express' bagi logistik sejuk beku daripada 2 kepada 4 perjalanan sehari. Dengan demikian, masa pengangkutan untuk pelbagai buah-buahan tropika terutama durian dari Asia Tenggara boleh dipendekkan daripada 7 hari melalui jalan raya kepada hanya 26 jam melalui landasan kereta api.

Susulan operasi 'Lancang-Mekong Express', kos pengangkutan buah-buahan yang diimport dari Asia Tenggara berkurangan sebanyak 60 peratus berbanding pengangkutan melalui jalan raya, harga jualan di pasar turun purata 30 peratus, manakala kekerapan menambahkan bekalan durian di kedai buah-buahan di pelbagai bandar raya seperti Beijing dan Shanghai ditingkatkan daripada 2 kali seminggu kepada sekali sehari.

Sejak Mei tahun ini yang merupakan musim menuai buah-buahan di kawasan tropika seperti durian, manggis, longan dan mangga, jumlah pengangkutan buah-buahan tropika melalui Laluan Kereta Api China-Laos telah melebihi 63,000 tan, yang dilihat betul-betul menambah pilihan kepada pasaran buah-buahan domestik.

Video

Berita Berkaitan