RCEP Terus Beri Manfaat, Buah-buahan ASEAN Laris di Guangxi

Pada hujung minggu, Pasar Borong Haijixing di Nanning dipenuhi dengan aroma buah-buahan tropika. Longgokan durian diimport dari Thailand, buah naga dari Vietnam, pisang dari Filipina telah menarik perhatian para pemborong, sekali gus memperlihatkan suasana hiruk-pikuk.

Suasana hiruk-pikuk di Pasar Borong Haijixing di Nanning. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)

Suasana hiruk-pikuk di Pasar Borong Haijixing di Nanning. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)

Satu aktiviti untuk mempromosikan buah-buahan ASEAN bakal dilancarkan di Nanning, ibu wilayah Guangxi pada 18 Jun

Pelepasan kastam yang lebih mudah serta penurunan tarif yang dibawa oleh Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), membolehkan buah-buahan dari negara-negara ASEAN dapat disajikan ke meja makan penduduk China pada kelajuan yang lebih pantas dan harga yang lebih berpatutan.

Wilayah Guangxi yang bersempadan dengan negara-negara ASEAN mempunyai hab pengangkutan seperti Pelabuhan Qinzhou, dan Pintu Sempadan Youyiguan, secara tidak langsung menjadi laluan utama bagi buah-buahan ASEAN masuk pasaran China.

Untuk rekod, jumlah buah import dari negara-negara ASEAN ke wilayah Guangxi direkod sebanyak 2.488 juta tan dengan nilai mencapai RMB34.89 bilion (RM20.63 bilion), yang menyumbang lebih satu pertiga daripada jumlah import buah ASEAN di China.

Pengguna membeli durian Monthong di Sam's Club di Nanning. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)

Pengguna membeli durian Monthong di Sam's Club di Nanning. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)

Selepas berkuat kuasanya RCEP, tarif import durian segar turut diturunkan dan kecekapan logistik bertambah baik, yang membolehkan pengguna di China dapat menikmati buah yang lebih segar dengan harga yang lebih berpatutan.

Sebagai contoh, buah segar yang dipetik dari dusun di Thailand boleh sampai ke pasar di Guangxi dalam masa 72 jam. Jumlah jualan buah ASEAN di Pasar Borong Haijixing direkod melebihi 180,000 tan, dengan durian menyumbang 56% daripadanya.

Harga runcit durian turut menurun di Guangxi. Misalnya, harga promosi durian Monthong di Walmart berada di bawah paras RMB40 per kilogram.

Pintu Sempadan Youyiguan di bandar Pingxiang, yang dahulunya hanya akan menjadi sibuk waktu musim buah naga, kini sibuk sepanjang tahun dengan mengendali pelbagai buah import dari negara ASEAN termasuk durian, dan manggis.

Sejak suku kedua tahun ini, Pintu Sempadan Pingxiang telah mengendali sejumlah 12,200 tan buah import, yang menyumbang sebanyak 29.4% daripada jumlah barangan import.

Trak logistik rantai sejuk yang sarat dengan buah-buahan ASEAN segar sedang dipunggah di luar Pasar Borong Haijixing di Nanning. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)

Trak logistik rantai sejuk yang sarat dengan buah-buahan ASEAN segar sedang dipunggah di luar Pasar Borong Haijixing di Nanning. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)

Di bawah rangka kerja RCEP, proses pelepasan kastam buah telah disingkatkan. Buah naga Vietnam yang dipetik pada waktu pagi, mampu melengkapkan proses pelepasan kastam di Pingxiang pada sebelah petangnya, dan boleh diakses di rak pasar raya di bandar-bandar utara China seawal hari berikutnya.

Li Junwen, seorang pengimport buah-buahan di bandar Pingxiang berkata bahawa, dengan peningkatan pintu sempadan dari segi digitalisasi dan kepintaran, banyak proses pelepasan kastam boleh diselesaikan secara dalam talian, iaitu jauh lebih cekap berbanding dulu.

"Pada masa kini, dalam tempoh 48 jam sahaja, buah-buahan ASEAN boleh dihantar dari pintu sempadan ke meja makan orang China. Dengan buah-buahan ASEAN menjadi semakin popular, kami juga pasti akan mendapat untung yang lebih,” ujarnya lagi.

Video

Berita Berkaitan