- Lain-lain
Arca Makam Raja Empayar Purba di Tengah-tengah Ladang Gandum di Gongyi Tarik Pengunjung
Satu set foto yang memaparkan arca batu purba yang dibina untuk melindungi kubur empayar Dinasti Song Utara (960-1127) di tengah-tengah ladang gandum yang keemas-emasan di Dataran Pusat China telah menjadi tular pada musim panas ini.
Dikenali sebagai ‘Qidi Baling’ (tujuh maharaja, lapan makam raja), tapak warisan di bandar Gongyi, Provinsi Henan di tengah China ini sering dipanggil sebagai ‘muzium seni arca kayu terbuka’, berikutan terdapatnya kumpulan arca makam raja purba yang paling lengkap di China.
Sebuah jentera tuai sedang menuai gandum berdekatan dengan arca batu di Makam Raja Yongxi di kompleks makam raja Dinasti Song Utara (960-1127) di bandar Gongyi, Provinsi Henan di tengah China. (Henan Daily/Song Yameng)
Gabungan arca batu berusia berkurun lalu dan ladang gandum di bawah sinaran mentari telah menghasilkan landskap budaya China nan unik, yang menyaksikan sejarah dan pertanian hidup bersama secara penuh harmoni.
Xu Xin, timbalan ketua pusat muzium dan relik kebudayaan Gongyi telah menjelaskan bahawa makam raja tersebut merupakan tapak pemakaman bagi tujuh maharaja zaman Dinasti Song Utara, bersama-sama dengan maharani, kaum kerabat, dan lain-lain.
Kata beliau, sejumlah 1,027 arca batu kekal berada di atas tanah, termasuk figura haiwan dan manusia yang secara kolektifnya dikenali sebagai Shixiangsheng.
Dengan arca batu nan agung itu mencuri tumpuan lebih ramai orang secara dalam talian, ramai warganet telah menzahirkan kerisauan masing-masing terhadap perlindungan relik tersebut, dengan mencadangkan agar ia dipakai penutup kaca atau bumbung moden.
Namun demikian, pegawai warisan tempatan mengatakan bahawa langkah tersebut mungkin akan mengundang masalah.
Sebuah jentera tuai sedang menuai gandum berdekatan dengan arca batu di Makam Raja Yongxi di kompleks makam raja Dinasti Song Utara (960-1127) di bandar Gongyi, Provinsi Henan di tengah China. (Henan Daily/Song Yameng)
"Meletakkan arca dalam penutup kaca akan memerangkap kelembapan dan mempercepatkan kemerosotan, sama seperti meletakkannya di sauna," jelas Xu.
Hakikatnya, Xu berkata bahawa Gongyi menubuhkan stesen perlindungan khusus di setiap kompleks makam lebih 20 tahun lalu, dan pada masa ini mempunyai 122 kakitangan khusus bagi pemeliharaan budaya yang akan melakukan rondaan sepanjang masa dan penyelenggaraan rutin.
Tambah beliau, semasa melakukan penuaian gandum tahunan, pengendali jentera pertanian dibimbing untuk mengemudi dengan berhati-hati di sekitar arca.
Sebuah jentera tuai sedang menuai gandum berdekatan dengan arca batu di Makam Raja Yongxi di kompleks makam raja Dinasti Song Utara (960-1127) di bandar Gongyi, Provinsi Henan di tengah China. (Henan Daily/Chen Xiaodong)
Menurut Xu, pada tahun-tahun mutakhir ini, tanah di sekitar kawasan makam raja tersebut telah ditanam dengan bunga biji sesawi dan bunga matahari, yang akan bermekaran indah pada musim bunga dan musim panas, sekali gus menarik kehadiran sejumlah besar pelancong dan jurugambar.
Ujar beliau, landskap tuaian gandum istimewa di makam raja bagi musim panas 2025 telah pun berakhir, dan memberitahu bahawa pengunjung yang terlepas untuk melihatnya boleh hadir pada musim yang seterusnya secara percuma pada September dan Oktober.
Petani menuai gandum berdekatan arca di di Makam Raja Yongxi di kompleks makam raja Dinasti Song Utara (960-1127) di bandar Gongyi, Provinsi Henan di tengah China. (Henan Daily/Wang Zheng)
- Petani di Maoming Nikmati Musim Tuaian Laici yang Luar Biasa
- Industri Tani Hutan Jiangxi Tambah Maju
- Monorel Buatan Sendiri Inovasi Logistik Ladang
- Kemuncak Belian Bijirin Musim Gugur China Tamat
- Ekosistem Pertanian Berusia 1,300 Tahun Bersinar di Yunnan
- Hab Lemon China Kembangkan Pasaran ASEAN Dengan Eksport Pantas
- Pinggan Mangkuk Meja Mesra Alam Sekitar Diperbuat Daripada Hampas Tebu di Yunnan Terkenal di Luar Negara
- Kerjasama Pertanian China-AS Manfaatkan Pengguna, Petani
- China Kemuka Pelan, Percepat Pembinaan Kekuatan Dalam Pertanian
- ‘Monorel Mini’ Permudah Pertanian di Yunnan