- Lain-lain
Maklumat Palsu NATO Tidak Dapat Mengaburi Mata Dunia
Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun mengecam kenyataan segelintir pegawai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang sengaja membesar-besarkan ketegangan antarabangsa dan memfitnah pembinaan ketenteraan China yang sah.
Ujarnya, tindakan NATO tersebut hanyalah sebagai alasan untuk meningkatkan perbelanjaan ketenteraan secara agresif serta meluaskan pengaruh ke rantau Asia Pasifik.
Dalam sidang media pada Khamis, Guo berkata pada tahun 2024, perbelanjaan ketenteraan NATO telah mencapai 55 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan ketenteraan dunia, namun mereka masih menekan negara-negara anggotanya untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan kepada 5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan alasan untuk membentuk NATO yang lebih agresif.
"NATO mengaku sebagai organisasi serantau tetapi terus melangkaui batas geografi yang ditetapkan dalam perjanjiannya sendiri dan kini cuba memasuki rantau Asia-Pasifik dengan alasan berkaitan keselamatan Eurasia. Perkara ini sudah dalam perhatian dunia dan negara-negara Asia Pasifik juga semakin berwaspada." ujarnya lagi.
Sementara itu mengulas mengenai dakwaan NATO berhubung peranan China dalam konflik Iran-Israel, Guo berkata China konsisten menggalakkan keamanan dan dialog, tidak pernah membekalkan senjata kepada mana-mana pihak yang bertelagah dan mengawal eksport barangan dwikegunaan dengan ketat.
Pendekatan objektif dan adil China serta peranan konstruktif yang dimainkan telah mendapat pengiktirafan meluas masyarakat antarabangsa.
Yang jelas, maklumat palsu NATO tidak dapat mengaburi mata dunia.
- Amerika Syarikat Dalang Disebalik Krisis Nuklear Iran
- IAEA Adakan Mesyuarat Tergempar Susulan Serangan AS terhadap Kemudahan Nuklear Iran
- Israel Lancar Serangan Udara ke atas Iran
- Keputusan Sama Ada Serang Iran Diketahui dalam Dua Minggu: Rumah Putih
- Menteri Luar China, Oman Bincang Konflik Israel-Iran
- China Hargai Usaha Negara Arab Redakan Konflik Iran-Israel
- China Kecam Serangan Israel terhadap Iran dalam Mesyuarat IAEA
- China Seru Israel dan Iran Ambil Langkah Redakan Ketegangan
- China Harap Iran, Israel Capai Gencatan Senjata Berkekalan
- China Kutuk Serangan Israel terhadap Iran