China, AS Masing-masing Longgarkan Kawalan Eksport dan Sekatan

(CRI)Isnin 30 Jun 2025

Jurucakap Kementerian Perdagangan China memaklumkan pada Jumaat bahawa China dan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini telah mengenalpasti lagi perincian dalam rangka kerja yang dicapai oleh kedua-dua pihak di London tidak lama dahulu, dan seterusnya China akan bertindak menangani permohonan eksport barangan kawalan yang memenuhi syarat mengikut undang-undang, manakala AS akan membatalkan langkah-langkah sekatan yang dikenakan terhadap China yang setimpal.

Jurucakap tersebut menyatakan bahawa berdasarkan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara China dan AS pada 5 Jun, delegasi ekonomi kedua-dua pihak telah mengadakan rundingan perdagangan di London pada 9-10 Jun., dan turut mencapai persetujuan berprinsip tentang rangka kerja untuk melaksanakan konsensus tampuk kuasa, sekali gus menterjemahkan hasil yang dibuahkan dalam perbincangan perdagangan di Geneva sebelum itu.

Selepas rundingan di London, pasukan perunding kedua-dua negara tetap melakukan komunikasi yang erat.

Jurucakap itu menyatakan harapan agar AS bertindak sehaluan dengan China, terus menebus persamaan, mengurangkan salahfaham melalui dialog serta meningkatkan kerjasama.

Video

Berita Berkaitan