Dasar Tarif AS, "Halangan Utama" bagi Operasi Syarikat Multinasional

(CRI)Selasa 03 Jun 2025

Dasar tarif Amerika Syarikat (AS) yang memburukkan ketidaktentuan ekonomi global, telah menjadi "halangan utama" bagi operasi syarikat multinasional.

Demikian dinyatakan tokoh ekonomi pada Ekspo Perdagangan Britain Global 2025 baru-baru ini.

Ketua Pengarah Institut Bertauliah Eksport dan Perdagangan Antarabangsa, Marco Forgione, berkata dasar tarif AS telah menjadi "sumber ketidaktentuan terbesar" bagi syarikat global.

Sementara itu Pengerusi Pusat Pembangunan Perniagaan Britain-China, John McLean menegaskan, ketidakpastian tersebut menyebabkan perniagaan terhenti kerana syarikat tidak mampu menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa depan.

Katanya, ketika ini adalah hampir mustahil untuk merangka rancangan perniagaan jangka masa panjang.

Bagaimanapun beliau turut menyatakan bahawa kestabilan adalah amat penting dalam persekitaran global semasa.

Ujarnya, China yang mengamalkan perancangan jangka masa sederhana dan panjang menerusi rancangan lima tahun, menjadi contoh terbaik, kerana ia memberi kelebihan semula jadi kepada China dalam menyusun semula rantaian bekalan global.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Shopfever Britain, Molly Ling berkata, banyak jenama British dan Eropah kini beralih ke pasaran alternatif seperti China akibat tekanan tarif AS.

Katanya, e-dagang rentas sempadan China yang cekap dan kos efektif memberikan keuntungan lebih besar kepada syarikat-syarikat antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan