Jerat Tarif AS: Mudaratkan Pihak Lain, Jahanamkan Diri Sendiri

Dalam dunia yang sedang bergelumang dengan ketidaktentuan ekonomi, Amerika Syarikat (AS) telah memilih untuk menggandakan faham perlindungan perdagangan. Sejak April lalu, pihak pentadbiran AS telah mengenakan tarif menyeluruh baharu terhadap import dari hampir semua rakan dagang utamanya.

Dipanggil sebagai ‘tarif timbal balik’, kempen tersebut menandakan kembalinya buli perdagangan, fahaman perlindungan dan unilateralisme ekonomi.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu strategi, tetapi adalah menjahanamkan ekonomi sendiri yang berpotengkan sebagai kekuatan. Lebih parah, ia datang pada masa yang sangat salah.

Permainan berbahaya dengan inflasi

Tatkala inflasi dilihat seakan mereda, Washington bertindak untuk menyimbah minyak pada api. Tarif terhadap kenderaan elektrik China, bateri Korea Selatan, peralatan perindustrian Jerman dan produk perubatan Eropah telah diumumkan pada April. Difahamkan, sasarannya adalah kononnya untuk ‘keadilan’. Tetapi, hasil yang dilihat adalah sangat jelas, iaitu kos yang lebih tinggi buat peniaga dan pengguna AS, serta ketidakstabilan rantai bekalan yang diperbaharui.

Rizab Perseketuan AS yang sedia ada menavigasi laluan yang sempit, telah meletakkan kadar faedah pada kadar 4.25 peratus kepada 4.5 peratus pada Mei, sekali gus mencerminkan kegusaran yang berterusan terhadap tekanan inflasi. Dengan kos input global meningkat susulan daripada sekatan dagangan, kestabilan harga kekal sukar untuk dikawal, sementara rakyat pula terus merasa kesannya ketika berada di kedai runcit, tempat isi minyak dan pejabat yang disewa.

Tamparan kepada pengeluar AS

Ironinya, tarif yang dipromosikan sebagai melindungi pekerjaan di AS sebenarnya membebankan industrinya sendiri.

Sebagai contoh, cukai baharu ke atas bahan mentah dan komponen yang kebanyakannya dari negara lain dilihat telah meningkatkan kos bagi pengeluar domestik. Firma yang lebih kecil amnya pula sedang bergelut untuk menyerap kejutan.

Di negeri seperti Michigan dan Ohio, pengeluar tempatan dalam sektor auto dan teknologi bersih melaporkan ketidakpastian yang kian meningkat. Beberapa syarikat telah mengumumkan penangguhan untuk melancarkan model baharu, dengan memberikan alasan terdapatnya ketidakpastian dalam harga input.

Berbanding sasaran asal iaitu untuk menyokong daya tahan negara, langkah-langkah ini menjadikan industri domestik kurang tangkas dan lebih terdedah.

Pasaran tidak berbohong

Pasaran kewangan bertindak balas dengan pantas. Berikutan pengumuman tarif April, indeks utama menyaksikan penurunan ketara, dan turun naik meningkat. Penganalisis memetik kebimbangan terhadap tindakan balas daripada negara yang terjejas dan kebimbangan yang lebih meluas tentang pemecahan ekonomi global.

Harga emas meningkat secara mendadak, melepasi paras AS$2,400 setiap auns, sekali gus memberikan isyarat jelas terhadap peningkatan kebimbangan pelabur. Pasaran bon menunjukkan tanda-tanda tekanan, dan ramalan korporat pula kini berada pada status berhati-hati.

Selain itu, beberapa firma pelaburan telah menyemak semula dan menurunkan unjuran pertumbuhan masing-masing di AS untuk separuh kedua 2025.

Justeru, adalah tidak bijak sekiranya mereka memilih untuk tidak mahu mendengar suara kuat yang dilaungkan oleh pasaran.

Kesan global

Kerosakan tersebut tidak hanya terhenti di sempadan AS. Tarif-tarif tersebut telah mengganggu kelancaran perdagangan, mengubah haluan pengeluaran dan merosakkan kepercayaan global.

Ia digubal di luar rangka kerja pelbagai hala, dengan kadar perundingan yang sedikit, iaitu antara salah satu daripada ciri-ciri unilateralisme perdagangan.

Lebih buruk lagi, perdagangan nasionalisme mengurangkan kerjasama yang diperlukan untuk menangani cabaran global yang dikongsi, iaitu daripada perubahan iklim kepada tadbir urus digital. Hakikatnya, AS memilih untuk melakukannya sendiri.

‘America First’ telah kembali, dan dengan itu, ia juga menghidupkan kembali perasaan ‘American Exceptionalism’, yakni kepercayaan bahawa peraturan antarabangsa terpakai kepada orang lain, tetapi tidak kepada Washington.

Apabila kesombongan memerlukan kemakmuran

Mengejar tarif timbal balik mungkin menyajikan naratif politik, tetapi ia adalah ilusi ekonomi. Ia tidak mewujudkan keadilan mahupun memupuk kekuatan.

Sebaliknya, ia mengasingkan AS, melemahkan pangkalan perindustriannya, mengganggu pasaran dan menjejaskan ekonomi global.

Dunia berhak mendapat kerjasama yang lebih baik, begitu juga dengan AS.

Video

Berita Berkaitan