China Gesa Israel Hentikan Tindakan Berbahaya, Seru Gencatan Senjata Segera di Gaza

(CRI)Rabu 06 Ogos 2025

China menggesa Israel supaya segera menghentikan sebarang tindakan yang berbahaya.

Gesaan ini dibuat Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang dalam mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Palestin dan Israel pada Selasa.

Geng berkata, baru-baru ini ada laporan menyatakan bahawa Israel membuat keputusan untuk meningkatkan serangan ketenteraan dan menduduki Gaza sepenuhnya.

China menyatakan kebimbangan serius terhadap perkara tersebut dan menggesa Israel untuk menghentikan tindakan berbahaya itu.

Pada masa sama, China juga menyeru pelbagai pihak terlibat untuk segera mencapai gencatan senjata yang kekal selain menggesa negara-negara yang berpengaruh besar ke atas pihak-pihak terlibat untuk bersikap adil dan bertanggungjawab, serta mengambil tindakan yang sepatutnya dalam mendorong gencatan senjata.

Geng berkata, Israel seharusnya mematuhi undang-undang antarabangsa, memulihkan akses bantuan kemanusiaan dan menyokong agensi kemanusiaan termasuk PBB untuk melaksanakan operasi bantuan.

Tambah beliau, masyarakat antarabangsa perlu bersama-sama menentang tindakan sepihak yang mensia-siakan "Penyelesaian Dua Negara”, serta menggandakan usaha mendorong proses politik bagi “Penyelesaian Dua Negara”.

Video

Berita Berkaitan