Persidangan Robot Dunia 2025 Buka Tirai di Beijing

(CRI)Jumaat 08 Ogos 2025

Persidangan Robot Dunia (WRC) 2025 telah dibuka secara rasmi di Beijing pagi tadi.

Bertemakan "Menjadikan Robot Lebih Bijak, Menjadikan Tubuh Lebih Cerdas", WRC2025 menyaksikan penyertaan lebih 200 syarikat robotik terkemuka dari dalam dan luar negara, malah jumlah syarikat robot humanoid yang menyertai persidangan kali ini merupakan yang tertinggi berbanding pameran seumpama yang pernah diadakan di seluruh dunia.

Persidangan kali ini dibahagikan kepada tiga segmen utama iaitu "Pembangunan Industri", "Aplikasi Inovatif" dan "Integrasi Teknologi".

Lebih 400 saintis terkemuka, wakil organisasi antarabangsa, ahli akademik dan usahawan dari dalam dan luar negara akan berkongsi pandangan mengenai trend industri, amalan aplikasi dan pencapaian inovatif dalam bidang robotik.

Video

Berita Berkaitan