- Lain-lain
Kemboja, Thailand Capai Kata Sepakat Berhubung Perincian Gencatan Senjata
Kemboja dan Thailand mencapai kata sepakat berhubung perincian gencatan senjata pada Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada Khamis.
Perkara itu termasuk bersetuju mengekalkan penempatan pasukan tentera semasa dan komited untuk tidak menambah anggota atau pasukan ke kawasan sempadan.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, Kemboja dan Thailand bersetuju melaksanakan gencatan senjata secara menyeluruh dan melarang serangan terhadap rakyat, kemudahan awam dan aset tentera.
Kedua-dua pihak juga komited untuk tidak melepaskan sebarang tembakan ke pihak yang lain, mengekalkan penempatan pasukan tentera semasa, tidak menambah pasukan tentera ke kawasan sempadan di samping menguruskan askar yang ditangkap berdasarkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Selain itu, Kemboja dan Thailand juga akan mengekalkan interaksi sekaligus memulihkan hubungan kedua-dua negara.
- GBC Fokus Perincian Perlaksanaan Gencatan Senjata Kemboja-Thailand
- Kawat Duri Dipasang Tentera Thailand di Preah Vihear Dibuang Kemboja
- China akan Terus Main Peranan Konstruktif bagi Pemulihan Hubungan Kemboja-Thailand
- Kemboja, Thailand Komited Tamatkan Konflik Sempadan - PAT Malaysia
- Misi Pemerhati Sementara Atase Tentera ASEAN Mulakan Pemeriksaan Kedua di Sempadan Kemboja-Thailand
- Malaysia Bantu Selesai Pertikaian Sempadan Kemboja-Thailand
- Rundingan Tiga Pihak di Shanghai Dorong Pelaksanaan Gencatan Senjata Kemboja-Thailand
- Konflik Thailand-Kemboja: China Komited Bantu Kukuh Persetujuan Gencatan Senjata
- Konflik Thailand-Kemboja: China Komited Galak Rundingan Damai
- Thailand Dakwa Kemboja Langgar Perjanjian Gencatan Senjata