Setiausaha Agung PBB Kutuk Serangan Israel di Gaza Ragut Nyawa Wartawan

(CRI)Selasa 12 Ogos 2025

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres melalui jurucakapnya menzahirkan rasa terkejut dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilakukan Israel ke atas bandar Gaza pada 10 Ogos sehingga mengorbankan beberapa wartawan Palestin.

Mangsa-mangsa korban dikenalpasti sebagai kakitangan Al-Jazeera yang bertugas di Semenanjung Gaza ketika serangan berlaku.

Menurut statistik, sekurang-kurangnya 242 wartawan telah terkorban di Semenanjung Gaza sejak konflik tercetus.

Video

Berita Berkaitan