Import Eksport Barangan Hampir RMB5 Bilion di Xizang

(CRI)Khamis 14 Ogos 2025

Jumlah import dan eksport dagangan barangan di wilayah Xizang merekodkan RMB4.9 bilion (RM2.86 bilion) yang menyaksikan peningkatan 12.6 peratus pada tujuh bulan pertama tahun ini, menurut jabatan kastam Lhasa.

Antaranya, import dan eksport perusahaan swasta mencatat RMB4.79 (RM2.8 bilion), iaitu mewakili 97.8 peratus daripada jumlah perdagangan luar di wilayah autonomi itu.

Dalam pada itu, rakan dagang Xizang diperluas kepada 120 buah negara dan wilayah.

Video

Berita Berkaitan