Syarikat China Dorong Pembangunan E-dagang di Asia Tenggara

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 15 Ogos 2025

Seorang petugas sedang menyusun komoditi di sebuah gudang milik JINGDONG Logistics, iaitu cabang logistik bagi gergasi e-dagang China, JD.com di Malaysia. (Foto ihsan JD Logistics)

Seorang petugas sedang menyusun komoditi di sebuah gudang milik JINGDONG Logistics, iaitu cabang logistik bagi gergasi e-dagang China, JD.com di Malaysia. (Foto ihsan JD Logistics)

Satu laporan yang dikeluarkan secara bersama oleh DBS, iaitu kumpulan perbankan Singapura, dan firma matlamat dan data pasaran iaitu Cube, jualan e-dagang di Asia Tenggara diunjur untuk melebihi dua kali ganda, daripada AS$184 bilion pada 2024 kepada AS$410 bilion menjelang 2030, mewakili 14 peratus kadar pertumbuhan tahunan kompaun dalam tempoh itu.

Seiring dengan pengembangan sektor e-dagang rantau itu pada kadar kelajuan yang pesat, syarikat-syarikat China telah berganding bahu dengan perniagaan tempatan untuk memberikan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih mudah. Sumbangan mereka merangkumi daripada penaiktarafan platform teknologi dan menginovasi sistem logistik kepada pemumpukan bakat tempatan, yang secara signifikan menambah baik kualiti dan daya saing industri e-dagang Asia Tenggara.

Di Lazada, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, sebuah kedai yang khusus dalam produk anyaman buluh dan perabot rotan mempunyai penilaian positif sebanyak 95 peratus. Ia yang popular dalam kalangan pelanggan Thai, menerima pujian dalam bahasa Thailand, Inggeris dan bahasa-bahasa lain berikutan penghantarannya yang cepat, pembungkusan yang selamat dan kualiti produk yang tinggi.

Kedai itu dioperasikan oleh Yu Le, anak kelahiran dari Provinsi Yunnan di barat daya China. Sebagai pelajar yang mengambil bahasa Thailand sebagai mata pelajaran utama di universiti, dia telah berpindah ke Thailand selepas tamat belajar, untuk memulakan perniagaan.

“Saya telah mengoperasikan kedai ini selama lebih empat tahun. Kami memiliki 26 petugas yang menguruskan penstriman langsung, perkhidmatan pelanggan, pembungkusan dan pengoperasian gudang,” jelasnya.

Difahamkan, gudang itu yang terletak di Provinsi Sakhon Samut iaitu lebih satu jam dari tengah Bangkok, menyediakan perkhidmatan penghantaran hari berikutnya buat pelanggan di ibu kota.

Dengan hampir 700 juta orang, yang sebilangan besarnya golongan muda serta penerobosan internet melangkaui 70 peratus di kebanyakan negara, Asia Tenggara merupakan salah satu pasaran e-dagang yang mempunyai masa depan cerah di serata dunia. Lazada dan Shopee merupakan platform e-dagang terkemuka rantau itu, manakala Tokopedia dan TikTok semakin pesat mendapat pengaruh.

Pada 2016, sebuah syarikat China mengambil alih Lazada, melalukan penaiktarafan teknologi yang komprehensif, menyuntik modal dan memperkenalkan bakat baharu untuk pengukuhan platform.

Pada Oktober tahun lepas, Lazada melancarkan sistem pengesyoran dikuasakan AI yang menganalisis pembelian masa lalu pengguna, dalam usaha untuk menawarkan pengesyoran pintar dan percubaan produk maya, bersama-sama dengan pembantu beli-belah AI untuk panduan yang diperibadikan.

“Tabiat membeli-belah dalam talian pengguna Thailand telah berubah secara ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan e-dagang merekodkan bahagian perbelanjaan yang lebih besar,” kata Yu, sambil menambah bahawa pasaran itu masih mempunyai potensi pertumbuhan yang besar.

Pada pukul 7 pagi di Klang, Selangor, Malaysia, gudang JINGDONG Logistics, iaitu cabang logistik gergasi e-dagang China JD. com, sudah mulai sibuk dengan aktiviti.

“Permainan membina blok ini sedang menuju ke pusat beli-belah di Pulau Pinang hari ini dan akan terus ke rak,” kata William Oey, pengurus negara JD Logistics di Malaysia.

Menurutnya, syarikat itu membekalkan kepada pelanggan individu dan perniagaan di seluruh Asia Tenggara, dengan pesanan dibuat sebelum pukul 2 petang kebiasaannya akan dihantar pada hari yang sama.

Oey, warga Indonesia yang tinggal di China selama lebih sedekad, berkata syarikat itu menyasarkan untuk meniru kelajuan dan kecekapan China di Asia Tenggara.

“Di China, pengguna sering menerima pesanan mereka pada hari berikutnya. Kami mahu menawarkan pengalaman yang sama di sini,” kongsinya lagi

Untuk meningkatkan kecekapan dan ketepatan, JD Logistics telah memperkenalkan pergudangan automatik untuk pembungkusan dan pengisihan.

Di fasiliti tersebut, barang masuk diletakkan di stesen penimbang pintar yang dilengkapi dengan pengimbasan kod bar dan sistem ukuran isipadu, yang merekodkan berat, dimensi dan isipadu barangan secara serta-merta, sekali gus memperkemas operasi. Tahun lalu, jumlah perniagaan syarikat di Asia Tenggara meningkat lebih dua kali ganda.

Berikutan faktor golongan muda Asia Tenggara yang semakin ramai menyertai industri e-dagang, syarikat dan universiti China melabur dalam pembangunan bakat tempatan, menyuntik momentum yang mantap ke dalam pertumbuhan mampan sektor itu.

Pada 2022, Kolej Seni, Media dan Teknologi di Universiti Chiang Mai Thailand, bersama-sama dengan Institut Confuciusnya, melancarkan program sarjana bersama mengenai e-dagang rentas sempadan China-Thailand. Program ini mendapat sokongan daripada Dana Khas Kerjasama Lancang-Mekong (LMC), projek di bawah program yang dipanggil ‘Sokongan Keusahawanan Digital’, dan strategi pembangunan Thailand 4.0.

“Program ini telah membantu melatih profesional digital dan membuka jalan bagi pembangunan lebih banyak platform pemula dan e-dagang," kata Danaitun Pongpatcharatorntep, timbalan dekan kolej itu.

Universiti Normal Zunyi di Provinsi Guizhou, barat daya China juga telah menubuhkan pusat latihan e-dagang rentas sempadan dengan kerjasama rakan kongsi industri. Kemudahan itu dilengkapi dengan lapan studio siaran langsung yang menyasarkan pasaran seperti Vietnam dan Thailand.

Melalui program pembangunan bakat e-dagang China-Laos, pelajar Laos, Wang Yunlan, yang dikenali dengan nama Cinanya, telah menjadi hos siaran langsung di pusat itu selepas lebih setahun menjalani latihan.

“Saya kerap menganjurkan sesi siaran langsung di sini pada masa lapang. Ia bukan sahaja meningkatkan pendapatan saya, tetapi juga mendalami pemahaman saya tentang e-dagang rentas sempadan.

“Kemahiran saya telah banyak meningkat, memberikan saya asas yang kukuh untuk peluang kerjaya dan keusahawanan masa depan," katanya.

Video

Berita Berkaitan