- Lain-lain
Kamera Rakam Kelibat Harimau Betina Bersama Empat Ekor Anak di Timur Laut China
Sebuah kamera inframerah di Taman Kebangsaan Harimau Bintang dan Harimau Timur Laut China berjaya merakam kelibat harimau betina Siberia bersama-sama empat ekor anaknya.
Memetik agensi media CCTV pada Rabu, ia merupakan penampakan kali kedua imej lengkap seekor harimau dengan empat ekor yang telah dipantau di China sejak taman itu melancarkan program rintis simpanan semula jadi pada 2017.
Menurut CCTV lagi, bulan Mei hingga September merupakan musim kemuncak bagi pembiakan harimau dan harimau bintang. Sejak Ogos, dua keluarga harimau Siberia telah direkodkan di taman tersebut, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan anak harimau Siberia yang baru lahir sebanyak tujuh ekor.
Rekod yang didapati daripada kamera pengawasan menunjukkan bahawa haiwan liar yang terancam seperti harimau Siberia dan harimau bintang Amur membiak dan membesar dengan stabil di taman tersebut.
Difahamkan, imej sekeluarga harimau Siberia itu ditangkap di Gunung Hunchun, Provinsi Jilin, di timur laut China. Dalam rakaman tersebut, didapati bahawa harimau betina Siberia sedang meronda di gunung bersama-sama dengan anak-anaknya dan meminum air.
Lapor CCTV, harimau betina Siberia kebiasaannya melahirkan dua ke empat ekor anak harimau pada satu-satu waktu, secara tidak langsung menjadikan imej empat ekor anak harimau disifatkan sebagai jarang-jarang berlaku.
Dalam tempoh sedekad lalu, perlindungan ketat terhadap sistem taman kebangsaan itu telah memperbaiki habitat buat harimau bintang dan harimau liar.
Populasi haiwan yang berkuku seperti rusa sika dan kijang, yang merupakan mangsa utama kepada harimau bintang dan harimau, turut sama meningkat, yang secara tidak langsung menaikkan kadar kemandirian haiwan pemangsa tersebut.
Duan Zhaogang, pengarah Pentadbiran Taman Kebangsaan Harimau Bintang dan Harimau Timur Laut China memberitahu bahawa kadar kemandirian anak harimau bintang dan harimau liar telah melonjak naik daripada sekitar 30 peratus kepada lebih 50 peratus.
Antara lain yang dirakam oleh kamera inframerah itu adalah dua ekor harimau yang sedang bergaduh.
Dalam rakaman tersebut, seekor harimau Siberia dilihat sedang berjalan perlahan-lahan dan menghidu tanah, yang berkemungkinan sudah ‘menghidu’ bahaya yang mendatang. Pada masa satu, seekor lagi harimau Siberia telah muncul, dan mendekati dari arah yang bertentangan.
Apabila kedua-dua ekor harimau bertembung, akhirnya berlaku satu pertempuran, dengan harimau yang pertama mengalahkan pesaingnya.
Menurut rakaman video-video yang terdahulu, individu yang bertanggungjawa mengawasi insiden percaya bahawa kedua-dua ekor harimau tersebut merupakan ibu dan anak. Tingah laku agresif sang ibu dikatakan berkemungkinan satu percubaan untuk menggalakkan harimau muda untuk meninggalkan tempat itu, serta pergi berdikari dan mewujudkan kawasannya sendiri.
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Keindahan Musim: Permulaan Musim Luruh
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
Menjejak “Elemen Chengdu” di Kedai Rasmi TWG2025
Berbasikal Keliling Chengdu Pada Malam Pertengahan Musim Panas
- Dahulu Cedera, Harimau Bintang Salji Kini Hampir Pulih di Zoo Xining
- Perjalanan Mesra Haiwan Peliharaan Tingkat Mendadak di China
- Haiwan Liar Hidup Biak di Hoh Xil
- Kelibat Kera Assam di Rizab Alam Semula Jadi Guangxi Petanda Perkembangan Pesat Biodiversiti
- Pemulihan Habitan Bantu Lonjak Populasi Harimau Siberia di China
- Ruang Menunggu untuk Haiwan Peliharaan di Lapangan Terbang Beri Ketenangan Buat Pemilik
- Haiwan Terima Perpisahan Terakhir Penuh Tanda Hormat
- Fu Zai, Anjing Polis Corgi Pertama China
- Haiwan Peliharaan Comel Kumpul di Ekspo Nanjing
- Hari Hidupan Liar Sedunia