Xi Hadir Sambutan 60 Tahun Wilayah Autonomi Xizang

(CRI)Khamis 21 Ogos 2025

Perhimpunan sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan Wilayah Autonomi Xizang diadakan di dataran Istana Potala, bandar Lhasa pada Khamis.

Majlis perhimpunan itu dihadiri oleh Presiden China Xi Jinping bersama kira-kira 20,000 pegawai dan penduduk dari pelbagai etnik meliputi segenap lapisan masyarakat tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Wang Huning menghadiahi wilayah autonomi itu sebuah plak tahniah yang tertera tulisan Xi Jinping "bersama membina komuniti bangsa China, membuka lembaran baharu demi Xizang yang indah".

Video

Berita Berkaitan