Rai Ulang Tahun ke-60 Wilayah Xizang, Dorong Pembangunan Moden - Xi

(CRI)Khamis 21 Ogos 2025

Presiden China, Xi Jinping bersama dengan 20,000 kader dan penduduk pelbagai etnik menyambut ulang tahun ke-60 Wilayah Autonomi Xizang dalam satu perhimpunan di Lapangan Istana Potala di Lhasa pagi tadi.

Sebelum ini iaitu pada Rabu, Xi yang juga merupakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China ketika menghadiri satu majlis taklimat anjuran pihak berkuasa tempatan Xizang telah mengiktiraf pencapaian wilayah autonomi itu pada enam dekad lalu, kemudian menyampaikan tahniah dan salam yang tulus ikhlas kepada masyarakat tempatan yang berbilang kaum.

Beliau turut memberi arahan tentang peningkatan kualiti dalam pembangunan Xizang, dengan menumpu pada kestabilan masyarakat, kelestarian ekonomi, ekologi dan kemakmuran di kawasan sempadan, dan melengkapkan matlamat mendorong Xizang berkembang ke arah yang berpadu, makmur, beretika tinggi, harmoni, moden dan indah dalam kerangka pembangunan negara sosialis.

"Kemantapan politik, kestabilan sosial, perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dan keterjaminan kebebasan beragama, harus dijadikan empat perkara yang utama dalam tadbir urus di wilayah Xizang.

"Hendaklah memacu pembangunan yang berkualiti di Xizang dengan memanfaatkan sumber tempatan, seperti industri yang bercirikan dataran tinggi terutamanya pertanian, penternakan dan sumber tenaga boleh baharu (TBB), di samping mendorong industri pemprosesan, mempergiat perkhidmatan moden dan merancakkan landskap kebudayaan dan pelancongan," ujar Xi.

Video

Berita Berkaitan