- Lain-lain
Perhimpunan Sambutan 60 Tahun Wilayah Autonomi Xizang Berlangsung di Lhasa
![]() |
Perhimpunan sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan Wilayah Autonomi Xizang diadakan di dataran Istana Potala, bandar Lhasa pada Khamis, disertai kira-kira 20,000 pegawai dan penduduk dari pelbagai etnik.
Acara itu turut dihadiri oleh Presiden China Xi Jinping yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat.
Sempena sambutan itu, Naib Perdana Menteri Zhang Guoqing telah membaca surat tahniah yang diutuskan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Dewan Negara, Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat.
Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Wang Huning menghadiahi wilayah autonomi itu sebuah plak tahniah yang tertera tulisan Xi Jinping "bersama membina komuniti bangsa China, membuka lembaran baharu demi Xizang yang indah".
Wang dalam ucapannya berkata, sosioekonomi Xizang mewujudkan pembangunan menyeluruh dalam tempoh enam dekad lalu.
Sejak Kongres Kebangsaan ke-18 PKC, pucuk pimpinan berteraskan Xi Jinping memberi tumpuan kepada pelbagai perkara berkaitan Xizang dan menetapkan strategi untuk mentadbir wilayah autonomi itu pada era baharu.
Wang menambah, usaha harus dipergiat dengan memberi tumpuan kepada aspek kestabilan, pembangunan, ekologi dan pemerkasaan kawasan sempadan, bagi memacu Xizang yang bersatu padu, makmur, berperadaban, harmoni dan indah dalam kerangka pemodenan.
Perhimpunan turut diserikan dengan perarakan yang disertai penduduk pelbagai etnik dalam suasana yang cukup meriah.
![]() |
![]() |
![]() |
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Keindahan Musim: Permulaan Musim Luruh
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
Menjejak “Elemen Chengdu” di Kedai Rasmi TWG2025
Berbasikal Keliling Chengdu Pada Malam Pertengahan Musim Panas
- Rai Ulang Tahun ke-60 Wilayah Xizang, Dorong Pembangunan Moden - Xi
- Xi Hadir Sambutan 60 Tahun Wilayah Autonomi Xizang
- Xi Hadir Gala Sambutan 60 Tahun Wilayah Autonomi Xizang
- Xi Tiba di Lhasa untuk Sambutan 60 Tahun Penubuhan Wilayah Autonomi Xizang
- Pembangunan Xizang Alami Lonjakan Besar ke Arah Modenisasi ala China
- Robot Antelop Tibet Mantapkan Kajian di Rizab Hoh Xil
- Xizang Capai Kejayaan Ekonomi, Sosial yang Luar Biasa Dalam Lebih 60 Tahun
- Industri Pelancongan yang Berkembang Maju di Xizang Manfaat Penduduk Tempatan
- Xizang Capai Kemajuan Besar Pembangunan Sosioekonomi dalam 60 Tahun Lalu
- Landskap Pergunungan Lhasa Terserlah Kehijauan