Halaman Sains dan Teknologi Bawa Kepakaran Buat Petani di Beijing

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 26 Ogos 2025
Halaman Sains dan Teknologi Bawa Kepakaran Buat Petani di Beijing
Pelajar menguruskan pokok melon di rumah hijau di sebuah halaman sains dan teknologi di pekan Majuqiao, daerah Tongzhou, Beijing. (People’s Daily Online/Li Bo)

Di sebuah rumah hijau halaman sains dan teknologi di pekan Majuqiao, daerah Tongzhou, Beijing, seorang pelajar pasca-siswazah iaitu Jiang Xiaowen di Universiti Pertanian China bergerak melalui barisan sayur-sayuran bersama-sama dengan rakan-rakanya dan menuai hasil. Mengimbas kembali kali pertama ketika dia tiba di situ, petani tempatan meragui tentang kaedah pertaniannya.

Bagi mempercepat transformasi hasil penyelidikan kepada pengaplikasian amali, Profesor Wu Xueming dari universiti tersebut merangkap ketua halaman sains dan teknologi di situ, telah memantau rapat setiap peringkat kerja. Selain daripada memberikan panduan jarak jauh, beliau turut melawat tapak itu, dengan sekurang-kurangnya dua kali sebulan untuk menilai kemajuan.

Terdahulu, Jiang dan rakan sepasukannya perlu mengumpul sampel tanah di lapangan dan menghantarnya ke makmal untuk dianalisis, iaitu satu proses yang tidak cekap dan perlahan, yang tidak mampu menjamin kebolehpercayaan data tersebut.

Mengambil iktibar daripada situasi tersebut, Profesor Wu telah mengaturkan juruteknik universiti untuk memasang peranti pintar seperti penderia tanah di rumah hijau, sekali gus mendorong kecekapan pelajar dengan signifikan. Data yang tepat juga menyediakan bantuan teknikal yang berkesan untuk penyelidikan mereka.

Apabila hasil sayur-sayuran di halaman itu berjaya dijual, para petani mula menghargai nilai sebenar kaedah tersebut.

“Kami membawa pengetahuan dan teknologi secara terus kepada halaman untuk membantu petani tempatan menyelesaikan masalah praktikal. Dengan memperkenalkan varieiti tanaman berkualiti tinggi oleh universiti dan makmal ke lapangan, kami mengubah penyelidikan saintifik kepada hasil yang ketara, dan memainkan peranan kami dan peremajaan luar bandar,” kata Jiang.

Pekan Majuqiao kini sedang membangunkan kluster kawasan pertama Beijing bagi halaman sains dan teknologi.

Di sebalik dua halaman sedia ada yang berfokuskan pertanian pintar serta pembenihan tanaman dan bunga, halaman sains dan teknologi baharu telah dirancang untuk kawasan seperti logistik dan e-dagang, perikanan digital dan penanaman buah-buahan.

Menurut pelan tindakan tiga tahun untuk halaman-halaman sains dan teknologi yang menyokong peremajaan luar bandar, Beijing menyasarkan untuk menubuhkan 100 halaman yang sedemikian.

Video

Berita Berkaitan