Sesi ke-60 Majlis Hak Asasi PBB Bermula di Geneva

(CRI)Selasa 09 September 2025

Sesi ke-60 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuka tirai di Geneva, Switzerland pada Isnin.

Berucap pada majlis pembukaan sesi tersebut, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk menyeru supaya komuniti antarabangsa memberikan perhatian kepada cabaran hak asasi manusia global.

Beliau turut menekankan kepentingan melindungi orang awam dan memperkukuh bantuan kemanusiaan, selain mengulangi tanggungjawab Majlis Keselamatan PBB dalam memelihara keamanan dan keadilan antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan