- Lain-lain
Ekonomi China Berdaya Tahan Pada Separuh Pertama 2025
Dalam sesi ke-17 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China ke-14 yang terus berlangsung di Beijing pada Rabu, para wakil telah membahaskan laporan Dewan Negara mengenai pelaksanaan rancangan pembangunan sosioekonomi kebangsaan pada tahun 2025 yang menyebut ekonomi di negara ini terus berada dalam trend pertumbuhan yang kondusif dan landskap kemasyarakatan kekal stabil pada separuh pertama tahun ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan (NDRC) China, Zheng Shanjie berkata, terdapat tiga aspek yang menonjol dalam pertumbuhan ekonomi di negara ini, iaitu pelbagai indikator ekonomi utama kelihatan memberangsangkan di sebalik situasi yang penuh tekanan, terbukti dengan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 0.3 mata peratus kepada 5.3% tahun ke tahun.
Selain itu, landskap ekonomi yang akomodatif berdaya tahan, sedangkan strukturnya dapat terus dioptimumkan, misalnya pelaburan aset tetap meningkat 1.6% dalam tempoh 7 bulan pertama.
Dan akhirnya, sektor inovasi berkembang pesat sedangkan penggerak baharu bagi pertumbuhan ekonomi pun semakin banyak lagi kuat. China telah berturut-turut mencapai lonjakan besar dalam mengatasi permasalahan yang wujud dalam teknologi kritikal dan meningkatkan komponen aplikasi domestik, yang dilihat terus menyumbang kepada peningkatan nilai tambah industri pembuatan berteknologi tinggi yang bersaiz besar kepada 9.5% bagi tempoh 7 bulan pertama 2025.
Laporan juga menunjukkan bahawa ekonomi China yang berdaya tahan mempunyai asas yang stabil, dominasi yang banyak dan potensi perkembangan yang besar, dan semakin kondusif bagi menyokong pembangunan berkualiti tinggi.
China dipercayai berkemampuan, berkeyakinan dan berazam untuk menghadapi pelbagai risiko dan cabaran yang wujud sepanjang proses pembangunan, dan mendorong ekonomi berkembang ke arah yang lebih stabil dan sihat.
Zheng Shanjie menambah, untuk memacu gerak kerja ekonomi bagi separuh tahun kedua, usaha perlu dibuat untuk memastikan pengambilan pekerja, perniagaan, operasi pasaran dan jangkaan pasaran kekal stabil, memangkin kitaran pasaran dalam negeri dan kitaran pasaran domestik-antarabangsa yang terbuka serta saling menggalakkan, sekali gus berusaha melengkapkan matlamat pembangunan sosioekonomi bagi sepanjang tahun.
- JD.com Ungguli Carta 500 Firma Swasta Terbesar China
- Kedai Fizikal Barangan Terpakai di China Kini Semakin Popular
- Sesi Jawatankuasa Pusat PKC Rangka Hala Tuju Ekonomi China bagi Separuh Kedua 2025
- Xi Pengerusikan Simposium Kumpul Cadangan Berkaitan Kerja Ekonomi
- China Rekod Pertumbuhan KDNK 5.3 Peratus Separuh Pertama 2025, Pamer Momentum Kukuh, Berdaya Tahan
- Sorotan Laporan Separuh Tahun Ekonomi China 2025
- Nilai Tambah Perusahaan Perindustrian Berskala Besar China Naik 6.4 Peratus
- KDNK China Catat Pertumbuhan Stabil 5.3 Peratus pada Separuh Pertama 2025
- Pinjaman dan Deposit RMB Catat Pertumbuhan Kukuh pada Separuh Pertama 2025
- Pertumbuhan Ekonomi China Dijangka Catat RMB35 Trilion dalam FYP-14