- Lain-lain
Mesyuarat Menteri ASEAN-China 2025 Fokuskan Pembangunan Bermutu Tinggi dalam Sektor Pembinaan
Mesyuarat Meja Bulat Menteri China-ASEAN Mengenai Pembinaan 2025 diadakan di bandar Guilin, wilayah Guangxi, barat daya China pada Isnin.
Menteri dan perwakilan dari China dan sepuluh negara ASEAN serta Timor Leste mengadakan perbincangan mengenai usaha untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan dan perumahan.
Inisiatif Guilin yang diluluskan mesyuarat menteri tersebut diyakini akan membantu untuk merapatkan kerjasama dalam sektor teknologi pintar dan perlindungan warisan sejarah dan kebudayaan, selain menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan rakyat dan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.
Mesyuarat Meja Bulat Menteri China- ASEAN antara wahana kerjasama pragmatik untuk melaksanakan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Agenda Bandar Baharu, Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Tadbir Urus Global.
Sejak mesyuarat itu diadakan bermula 2023, Inisiatif Nanning dan Konsensus Kuala Lumpur telah dikeluarkan, sementara mekanisme kerjasama antara kedua-dua pihak China dan ASEAN terus disempurnakan dan banyak hasil tercapai.
- Pelaburan antara China dan ASEAN Cecah USD450 bilion
- Pusat Inovasi AI China-ASEAN Tandatangani 67 Projek Kerjasama
- Kao Kim Hourn Beri Penekanan Terhadap Kerjasama SCO-ASEAN
- Guangxi Bina Hab Inovasi, Kerjasama AI Berorientasikan ASEAN
- China, ASEAN Bersama Ikhtiarkan Pemiawaian AI
- Forum Keselamatan Pelancongan China-ASEAN di Yangon
- Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN-China ke-24 Diadakan di Kuching
- Seminar Ahli Parlimen ASEAN ke-2 Melabuhkan Tirai di Kunming
- China Komited Bekerjasama Dengan ASEAN Untuk Galakkan Pembangunan Dan Kemakmuran
- Wang Yi Bertemu PM Malaysia