Longnan Saksi Kemajuan Pesat Industri Minyak Zaitun

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 15 September 2025
Longnan Saksi Kemajuan Pesat Industri Minyak Zaitun
Pelancong mencuba minyak zaitun di bandar Longnan, Provinsi Gansu, barat laut China. (People’s Daily Online/Shao Lan)

“Anda malah boleh minum minyak zaitun kami. Cubalah minyak zaitun Longnan, kualitinya sangat menakjubkan,” ujar Wang Wuxin, timbalan pengurus besar Syarikat Longnan Xiangyu Olive Development di bandar Longnan, Provinsi Gansu, barat laut China.

Longnan merupakan satu-satunya bandar di provinsi itu yang terletak sepenuhnya di dalam lembangan Sungai Yangtze.

Sejak sekian lama, Mediterranean merupakan peneraju kepada pengeluaran minyak zaitun global. Namun begitu, terletak jauh beribu batu, China telah mumupuk cerita kejayaannya sendiri. Pada 1964, pokok zaitun telah pertama kalinya diperkenal di China, dan ditanam secara percubaan di 12 tapak di serata lapan wilayah provinsi di lembangan Sungai Yangtze.

Daerah Wudu di Longnan yang dituruni sekitar 600 milimeter hujan setiap tahun dan turut menerima sinaran matahari yang banyak serta tanah bersesuaian itu telah dikenal pasti oleh pakar antarabangsa dan tempatan sebagai kawasan paling sesuai di China bagi pemupukan pokok zaitun.

Wudu telah membangunkan 108 varieti pokok zaitun pada tahun-tahun kebelakangan ini, dengan menanamnya kebanyakan di 15 pekan, perbandaran dan daerah kecil di sepanjang lembangan Sungai Bailong.

Industri itu telah meningkatkan pendapatan buat lebih 200,000 individu di 320 kampung di serata 28 pekan dan perbandaran. Di tengah-tengah kawasan pengeluaran itu, pendapatan purata daripada pokok zaitun telah melangkaui RMB4,000 (AS$562) setiap orang.

Menjelang 2024, dusun pokok zaitun daerah Wudu telah diperluas sehingga 641,300 mu (42,753 hektar). Pada tahun itu, wilayah itu mengeluarkan 56,900 tan buah zaitun segar dan 8,200 tan minyak zaitun dara, yang menjana nilai industri keseluruhan sebanyak RMB4 bilion.

Di China, daerah itu menjadi pendahulu dalam penanaman pokok zaitun, hasil segar, kualiti dan pengeluaran minyak zaitun dara, serta pulangan ekonomi keseluruhan.

“Produk kami dijual di Hubei, Zhejiang, Yunnan, SIchuan dan beberapa provinsi lain, dan turut menerima maklum balas pasaran yang kuat,” ujar Tan Zhaolin, ketua Syarikat Longnan Yilan Yiwei Agricultural Technology Development.

Menurut beliau, melihat ke hadapan, pihaknya akan mempercepat transformasi pintar dan digital sambil memperkukuh rantai industri bagi menjalin industri minyak zaitan Longnan dapat berkembang stabil.

Bandar itu telah menggalakkan syarikat untuk menuju ke arah inovasi produk, dengan menyediakan 16 fasiliti pemprosesan bagi menyokong barisan produk berasaskan pokok zaitun.

Zhang Tao, pengarah pejabat pembangunan industri minyak zaitun Wudu berkata bahawa kesemua fasiliti itu telah membangunkan lebih daripada 80 produk di dalam 10 kategori utama, termasuk minyak zaitun yang boleh dimakan, tambahan kesihatan, sos cili minyak zaitun, zaitun di dalam tin, ekstrak daun zaitun dan kosmetik

Jelas beliau, produk minyak zaitun Wudu kini dijual di pasar raya di serata bandar-bandar besar China dan menerusi platform jualan yang pelbagai, selain telah mula mencapai pasaran luar negara.

Produk minyak zaitun Wudu telah merangkul 102 anugerah di luar negara dan 89 pada peringkat domestik.

Foto menunjukkan minyak zaitun di bandar Longnan, Provinsi Gansu di barat laut China. (Foto ihsan pusat media bandar Longnan)
Foto barisan pengeluaran minyak zaitun di bandar Longnan, Provinsi Gansu di barat laut China. (People’s Daily Online/Shao Lan)
Foto sos cili minyak zaitun di bandar Longnan di Provinsi Gansu, barat laut China. (People’s Daily Online/Shao Lan)
Foto memaparkan pusat penstriman langsung e-dagang Syarikat Longnan Xiangyu Olive Development di bandar Longnan, Provinsi Gansu, barat laut China. (People’s Daily Online/Shao Lan)

Video

Berita Berkaitan