China Jemput Perusahaan Asing Tembusi Pasaran Negara Ini

(CRI)Khamis 18 September 2025

China mengalu-alukan penyertaan perusahaan dari semua negara, termasuk Perbadanan Pelaburan Kerajaan Singapura (GIC) untuk menembusi pasaran China dan berkongsi peluang pembangunan di negara ini.

Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang berkata demikian ketika menerima kunjungan CEO GIC Singapura Lim Chow Kiat di Beijing pada Rabu.

Ding berkata, China menyaksikan trend pertumbuhan ekonomi kekal mampan dalam jangka masa panjang, kuasa produktif berkualiti baharu yang berkembang stabil, pencapaian inovasi saintifik dan teknologi yang cemerlang, dan persekitaran perniagaan semakin baik.

Ini menjadikan negara ini destinasi pilihan terbaik bagi perusahaan asing.

Sementara itu, Lim menghargai pencapaian yang dilakar dalam pembangunan China.

Beliau menyatakan keyakinan kukuh terhadap prospek perkembangan China pada masa depan, dan menyatakan kesediaan untuk mengukuhkan kerjasama bilateral bagi memberi sumbangan positif kepada perkembangan hubungan Singapura-China.

Video

Berita Berkaitan