Timbalan Presiden China Bertemu TPM Malaysia di Nanning

(CRI)Khamis 18 September 2025

Naib Presiden China, Han Zheng mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof yang menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-22 di Nanning, Guangxi pada Rabu.

Dalam pertemuan tersebut, Han berkata, China dan Malaysia merupakan jiran, sahabat dan rakan baik.

Katanya China bersedia bersama dengan Malaysia, melaksanakan konsensus dicapai pemimpin negara, memperdalam pertukaran dan kerjasama dalam politik, ekonomi, perdagangan, kebudayaan, dan menggalakkan pembentukan strategik bertaraf tinggi komuniti berkongsi nasib China-Malaysia.

Sementara itu Fadillah berkata, Kuala Lumpur tidak berganjak daripada prinsip "Satu China", bersedia mempererat interaksi peringkat tinggi dengan Beijing, memperincikan kolaborasi dalam ekonomi, perdagangan, tenaga, sumber air dan pelancongan.

Video

Berita Berkaitan