China, Malaysia Ulangi Komitmen Perkasa Kerjasama

(CRI)Khamis 04 September 2025
China, Malaysia Ulangi Komitmen Perkasa Kerjasama

China dan Malaysia senada untuk terus memperkukuh rasa saling percaya dari segi politik dan memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang.

Kesepakatan itu dicapai hasil pertemuan Perdana Menteri China Li Qiang dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Beijing pada Selasa.

Anwar berada di China untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 serta majlis memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.

Dalam pertemuan itu, Li berkata dua negara harus memperkasa usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta memperkukuh kolaborasi dalam perdagangan, pelaburan, infrastruktur, sosiobudaya dan sebagainya.

China menghargai peranan proaktif dimainkan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, dan bersedia meningkatkan koordinasi pelbagai hala dengan Malaysia dalam mempertahankan multilateralisme dan perdagangan bebas.

Sementara itu, Anwar mengulangi komitmen Malaysia untuk mempertingkat kerjasama pelbagai bidang dengan China.

Beliau berkata pihaknya menyambut baik Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) yang baru disyorkan Presiden Xi Jinping sempena persidangan SCO, dengan menyifatkannya amat signifikan bagi menambah baik sistem tadbir urus global.

Video

Berita Berkaitan