PM Li Ucap Tahniah kepada Anwar atas Ulang Tahun Ke-68 Kemerdekaan Malaysia

(CRI)Ahad 31 Ogos 2025

Perdana Menteri China, Li Qiang pada Ahad mengucap tahniah kepada rakan sejawatnya dari Malaysia, Anwar Ibrahim atas ulang tahun ke-68 kemerdekaan Malaysia.

Li menyatakan, Malaysia gah di pentas negara-negara membangun dan entiti ekonomi baharu, dengan prestasi signifikan yang tercapai dalam pembangunan sosioekonomi pada 68 tahun lalu.

"Kedua-dua negara China dan Malaysia boleh diteladani negara-negara serantau dalam menagani hubungan bilateral.

"Beijing dan Kuala Lumpur telah mencapai kata sepakat tentang pembentukan komuniti berkongsi nasib di tahap tinggi yang turut dimuktamadkan dalam lawatan rasmi Presiden Xi Jinping ke Malaysia pada April lalu," ujar Li.

"China menyokong peranan Malaysia sebagai pengerusi bergilir ASEAN, bersedia memperdalam penyelarasan dalam pelaksanaan strategi di negara masing-masing dan mendorong pembangunan komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara, agar menyejahterakan rakyat dan menyumbang kepada kemakmuran dan kestabilan serantau," tambah beliau.

Untuk rekod, ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-China-GCC di Kuala Lumpur pada Mei lalu, Li pernah mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Video

Berita Berkaitan