- Lain-lain
Presiden Xi Ucapkan Tahniah kepada Agong Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia
Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68, hari ini.
Xi dalam perutusan tahniahnya berkata, dalam tempoh 68 lalu, Malaysia telah mencapai pembangunan yang pesat, taraf kehidupan rakyat makin meningkat dan negaranya memainkan peranan yang makin penting dalam urusan antarabangsa dan serantau.
China dan Malaysia mempunyai persahabatan tradisonal yang bersejarah, dan hubungan yang saling menghormati, saling mempercayai, bekerjasama dan menang-menang.
Xi berkata, semasa beliau membuat lawatan rasmi ke Malaysia pada bulan April lalu, kedua-dua pihak telah mencapai konsensus tentang membina komuniti berkongsi nasib China-Malaysia yang bersifat strategik pada tahap tinggi, dan membuka lembaran baharu hubungan dua hala.
Xi melahirkan kesediaannya untuk berusaha bersama dengan Yang di-Pertuan Agong supaya menyuburkan persahabatan tradisional China-Malaysia, memperdalam kerjasama strategik komprehensif kedua-dua negara, berganding bahu mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia yang bersifat strategik pada tahap tinggi, memacu perkembangan perkongsian strategik komprehensif, agar memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, selain menyuntik momentum kepada keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau bahkan dunia.
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
- “Taste of Malaysia 2025” Tawar Produk Terbaik Malaysia ke Pasaran China
- Lebih 5,000 Sertai Larian Persahabatan Malaysia-China 2025
- Wang Yi Bertemu PM Malaysia
- Perjanjian Pengecualian Visa Bersama China-Malaysia Berkuat Kuasa 17 Julai
- BIBF 2025: Malaysia Mahu Manfaatkan Status Negara Tetamu Kehormat, Adakan Lebih Banyak Kerjasama Global
- Program Tahun Melawat Malaysia 2026 Dilancarkan di Beijing
- PM Li Qiang Bakal Lawat Indonesia dan Hadir Sidang Kemuncak ASEAN-China-GCC
- Penghantaran Hari Sama Durian Cerminan Kerjasama Segenap Bidang China-Malaysia
- Bekas Duta Besar: Malaysia, China Bina Masa Depan yang Berkongsi untuk Kemakmuran
- Saluran Eksport Durian Malaysia ke China Alami Ledakan