- Lain-lain
Pertukaran Lawatan Individu China-ASEAN Rekodkan 25.24 Juta dalam Lapan Bulan Pertama 2025
Pertukaran lawatan individu antara Tanah Besar China dan negara-negara ASEAN mencatat 25.24 juta orang dalam lapan bulan pertama 2025, meningkat 11.2 peratus dari tahun ke tahun.
Antaranya jumlah rakyat ASEAN yang melawat ke Tanah Besar China mencatat 10.73 juta orang dengan kebanyakan mereka melibatkan tujuan melancong dan berniaga.
Demikian diumumkan dalam Seminar Dasar Tadbir Urus Imigresen Serantau yang diadakan di bandar Lianyungang, provinsi Jiangsu China pada Rabu.
Menurut maklumat berkaitan, pertukaran lawatan antara China dan negara-negara ASEAN semakin ditingkatkan berikutan dasar bebas visa diperkenalkan.
Sejak perjanjian bebas visa China-Malaysia dikuatkuasakan pada 17 Julai lalu, warga Malaysia yang melawat ke China merekodkan 180,000 orang, menokok 13.2 peratus. Daripada angka itu 150,000 individu masuk ke China dengan menikmati dasar bebas visa.
- Malam Sains China-ASEAN 2025 Berlangsung di Nanning
- Mesyuarat Menteri ASEAN-China 2025 Fokuskan Pembangunan Bermutu Tinggi dalam Sektor Pembinaan
- Import Eksport China-ASEAN Saksikan Pertumbuhan Selama 18 Bulan Berturut-turut
- Pusat Inovasi AI China-ASEAN Tandatangani 67 Projek Kerjasama
- Guangxi Bina Hab Inovasi, Kerjasama AI Berorientasikan ASEAN
- China, ASEAN Bersama Ikhtiarkan Pemiawaian AI
- Forum Keselamatan Pelancongan China-ASEAN di Yangon
- Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN-China ke-24 Diadakan di Kuching
- Seminar Ahli Parlimen ASEAN ke-2 Melabuhkan Tirai di Kunming
- China Komited Bekerjasama Dengan ASEAN Untuk Galakkan Pembangunan Dan Kemakmuran