- Lain-lain
Malam Sains China-ASEAN 2025 Berlangsung di Nanning
Persembahan langsung. Foto ihsan penganjur
Ratusan orang muda dari China dan pelbagai negara memeriahkan kampus Universiti Bangsa-bangsa Guangxi di Nanning, tertarik dengan Malam Popularisasi Sains China-ASEAN 2025 yang dianjurkan pada 15 September.
Di bawah tema “Popularisasi Sains AI Merintis Jalan, Menghubungkan ASEAN dengan Pintar”, acara menawarkan peluang untuk tetamu dari Thailand, Vietnam, Brunei, Malaysia, Myanmar dan lain-lain menyelami daya tarikan teknologi-teknologi termaju sambil bersama-sama meneroka masa depan AI.
Aktiviti popularisasi sains AI, persembahan yang mengasyikkan, serta ceramah oleh tokoh-tokoh tersohor... atur cara malam benar-benar menyerlahkan pencapaian terunggul bahkan kemajuan kerjasama China-ASEAN dalam bidang kecerdasan buatan.
Kawasan pameran ditransformasikan menjadi sebuah “taman teknologi masa depan”. Aplikasi teknologi tercanggih seperti robot pintar, penderiaan jarak jauh satelit, pemantauan kesihatan, teknologi pertanian dan eksplorasi lautan bukan lagi konsep-konsep di luar capaian, sebaliknya dapat disentuh dan dioperasikan dengan tangan masing-masing.
“Seperti membuka pintu ke sebuah dunia baharu,” kata Chen Yang, seorang pelajar antarabangsa dari Laos, yang teruja selepas berpeluang mengawal robot bawah permukaan air untuk melakukan operasi mencengkam dengan tepat.
Selain pelbagai demonstrasi yang dapat didokumentasikan di reruai, aktiviti interaktif seperti teknologi pintar yang boleh dipakai serta program pemantauan kesihatan pintar antara yang menarik perhatian hadirin yang sanggup beratur panjang untuk mengalami sendiri. Pertukaran teknologi dan budaya yang berlaku pada acara membuktikan bahawa teknologi menjangkaui bahasa dan budaya.
Satu lagi tarikan penting acara ialah integrasi elemen teknologi dengan budaya ASEAN. Hasilnya, lengan robotik, dron dan penari seiringan menyajikan santapan visual dan audio yang menghapuskan batas antara negara, menghangatkan suasana malam. Keharmonian antara tradisi dan kemodenan, juga teknologi dan manusia, jelas terasa pada persembahan tarian berbusana tradisional ASEAN, menjadi memori yang dapat dibawa pulang oleh muda-mudi dari serata dunia.
Nguyen Van Truong dari Vietnam mengaku dirinya mendapat pemahaman yang lebih intuitif tentang AI malah kemudahan yang dibawa oleh teknologi, melalui aktiviti-aktiviti interaktif yang ditawarkan.
Seorang kaunselor sains dari Muzium Sains dan Teknologi Nasional Thailand pula mahu melihat lebih banyak aktiviti popularisasi sains diadakan secara rentas sempadan seperti ini pada masa depan.
Guangxi kini sedang merebut peluang keemasan seperti pelan negara untuk memungkinkan akses universal dalam pembinaan kapasiti AI. Wilayah tersebut sedang berkolaborasi untuk merintis jalan pembangunan AI yang dapat digambarkan dengan formula “R&D di Beijing, Shanghai dan Guangzhou + Integrasi di Guangxi + Aplikasi di ASEAN”. Antara inisiatif yang diambil termasuklah mempercepat penubuhan Pusat Kerjasama Inovasi AI China-ASEAN serta Akademi AI Guangxi, sekali gus memperkasakan industri-industri berbantu AI.
Malam Popularisasi Sains China-ASEAN 2025 dihoskan oleh Jabatan Sains dan Teknologi Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, dianjurkan oleh Pusat Popularisasi Sains dan Komunikasi Guangxi bersama Universti Bangsa-bangsa Guangxi.
Hampir 500 tetamu menyerikan acara, termasuk ketua pelbagai jabatan di bawah Kementerian Sains dan Teknologi China, pegawai konsul negara ASEAN di Nanning, dan wakil unit persidangan popularisasi sains Guangxi. Turut hadir, saintis muda unggul dari ASEAN, wakil guru dan pelajar dari negara peserta Inisiatif Jalur dan Laluan, sarjana, serta wakil pelajar antarabangsa dari ASEAN.
- Guangxi Perkenal Langkah Sokong Integrasi AI dalam Sektor Pembuatan
- Guangxi Pertingkat Infrastruktur, Mahu Pacu Usaha Bina Gerbang Data ASEAN
- Terminal Kontena Automatik di Guangxi Mantapkan Dagangan China-ASEAN
- AI Suluh Haluan E-dagang China-ASEAN
- AI Lonjak Inovasi Industri Tradisional di Nanning, Guangxi
- Buah-buahan ASEAN Gerakkan Guangxi Terus Inovasi Kastam, Logistik
- Pelancongan Cipta Peluang Pekerjaan Buat Penduduk Guangxi
- Guangxi Anjur Acara Popularisasi Sains, Galak Penglibatan Pelajar Sekolah
- Liuzhou Gerakkan Transformasi “AI + Pembuatan” di Guangxi
- AI Temu Sungai Ribuan Tahun, Guilin Bawa “Landskap Digital” ke CAEXPO
- Mesyuarat Menteri ASEAN-China 2025 Fokuskan Pembangunan Bermutu Tinggi dalam Sektor Pembinaan
- Wang Yi Bertemu PM Malaysia
- China Komited Bekerjasama Dengan ASEAN Untuk Galakkan Pembangunan Dan Kemakmuran
- Seminar Ahli Parlimen ASEAN ke-2 Melabuhkan Tirai di Kunming
- Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN-China ke-24 Diadakan di Kuching
- Forum Keselamatan Pelancongan China-ASEAN di Yangon
- China, ASEAN Bersama Ikhtiarkan Pemiawaian AI
- Guangxi Bina Hab Inovasi, Kerjasama AI Berorientasikan ASEAN
- Pusat Inovasi AI China-ASEAN Tandatangani 67 Projek Kerjasama
- Import Eksport China-ASEAN Saksikan Pertumbuhan Selama 18 Bulan Berturut-turut