- Lain-lain
China Teguh Sokong Perjuangan Rakyat Palestin
China kekal berdiri teguh bersama rakyat Palestin yang berjuang untuk memulihkan hak bangsa mereka yang sah, kata jurucakap Kementerian Luar Guo Jiakun.
Dilaporkan, beberapa negara antaranya Britain, Kanada dan Australia secara rasmi mengiktiraf negara Palestin, sedangkan Amerika Syarikat (AS) terus menjual senjata kepada Israel dan mendakwa berbincang dengan negara-negara Teluk mengenai struktur pentadbiran sementara Gaza pasca konflik.
Untuk itu, Guo berkata tugas paling mendesak bagi pihak terbabit adalah untuk menggerakkan gencatan senjata menyeluruh di Gaza dan meredakan malapetaka kemanusiaan.
Negara yang mempunyai pengaruh khas ke atas Israel perlu menggalas tanggungjawab, katanya sambil menambah bahawa prinsip 'rakyat Palestin mentadbir Palestin' mesti dijunjung serta hak bangsa Palestin yang sah dalam pembangunan semula dan pentadbiran pasca konflik mesti dijamin.
Guo turut menegaskan formula 'penyelesaian dua negara' mesti menjadi pegangan, yang memerlukan lebih banyak konsensus antarabangsa dibentuk dan menolak sebarang tindakan unilateral diambil untuk mencemar penyelesaian berkenaan.
- UNSC Kutuk Serangan terhadap Qatar
- Ketua PBB Kutuk Serangan Israel Menyasar Doha
- Israel Tingkatkan Operasi Ketenteraan di Gaza
- Rakyat Israel Tuntut Gencatan Senjata dan Pertukaran Tahanan
- Palestin Kecam Tindakan AS Batalkan Visa, Tegas Tidak Akan Menyerah
- China Gesa Israel Segera Hentikan Tindakan Kekerasan di Gaza
- Setiausaha Agung PBB Kutuk Serangan Israel di Gaza Ragut Nyawa Wartawan
- Cubaan Israel Duduki Gaza Mesti Ditolak Sekeras-kerasnya: Duta China
- IFRC Kutuk Serangan Menyasar Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Palestin di Gaza
- Persidangan PBB mengenai Pelaksanaan 'Penyelesaian Dua Negara' Berakhir