- Lain-lain
China Gesa Israel Segera Hentikan Tindakan Kekerasan di Gaza
China menggesa Israel menghentikan operasi ketenteraannya di Gaza serta-merta.
Seruan itu dibuat Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang ketika berucap semasa mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Palestin-Israel pada Rabu.
Geng berkata, konflik di Gaza sudah berlarutan hampir 700 hari, dan menyebabkan keadaan di wilayah tersebut seperti "neraka dunia" dengan kira-kira 2 juta penduduk mengalami kesengsaraan yang dahsyat.
Beliau menegaskan bahawa, komuniti antarabangsa perlu bertindak segera untuk mengelakkan keadaan daripada terus meruncing.
"Keamanan tidak boleh dicapai melalui kekerasan", katanya sambil merujuk kepada serangan Israel ke atas Hospital Nasser pada Isnin yang mengorbankan lebih 20 orang awam.
Geng berkata China menentang dan mengutuk sebarang tindakan yang mencederakan orang awam, merosakkan kemudahan awam dan melanggar undang-undang antarabangsa.
Pada masa sama, katanya China menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha Majlis Keselamatan PBB bagi mencapai gencatan senjata dan mengurangkan krisis kemanusiaan di Gaza.
Ujarnya, China menyeru semua negara terutamanya negara yang mempunyai pengaruh besar terhadap pihak terlibat di kawasan tersebut agar mengambil pendirian yang adil dan bertanggungjawab serta memainkan peranan konstruktif.
China akan terus bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa merealisasikan “penyelesaian dua negara”, dan keamanan yang berkekalan di Timur Tengah.
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
- Lebih 500 Petugas Kemanusiaan Maut di Gaza
- Setiausaha Agung PBB Kutuk Serangan Israel di Gaza Ragut Nyawa Wartawan
- Cubaan Israel Duduki Gaza Mesti Ditolak Sekeras-kerasnya: Duta China
- Kabinet Keselamatan Israel Lulus Cadangan Netanyahu Hapuskan Hamas
- China Gesa Israel Hentikan Tindakan Berbahaya, Seru Gencatan Senjata Segera di Gaza
- IFRC Kutuk Serangan Menyasar Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Palestin di Gaza
- Persidangan PBB mengenai Pelaksanaan 'Penyelesaian Dua Negara' Berakhir
- China Seru Masyarakat Antarabangsa Bertindak Promosikan Pelaksanaan 'Penyelesaian Dua Negara'
- Israel Pertimbang Pendudukan Menyeluruh ke atas Gaza
- Israel Tolak Kenyataan Bersama Antarabangsa Mengenai Konflik Gaza