Duta China Gesa Tamatkan Tragedi di Gaza Serta-merta

(CRI)Rabu 24 September 2025
Duta China Gesa Tamatkan Tragedi di Gaza Serta-merta

China menggesa supaya tragedi yang berlaku di Gaza ditamatkan serta-merta dan situasi tegang di Tebing Barat diredakan.

Timbalan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Geng Shuang menyampaikan perkara itu semasa berucap dalam mesyuarat peringkat tinggi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung isu Palestin yang berlangsung pada Selasa.

Geng menekankan perlunya membetulkan ketidakadilan yang dialami Palestin dalam sejarah, di samping menjaga keamanan dan kestabilan di rantau Asia Barat.

Duta China itu turut melahirkan rasa kecewa susulan draf resolusi UNSC berhubung isu Gaza sekali kali diveto Amerika Syarikat (AS) pada minggu lepas.

Berhubung sejumlah negara Barat secara rasmi mengiktiraf negara Palestin, Geng berkata masyarakat antarabangsa perlu meneruskan momentum positif ketika ini, berusaha mencerahkan prospek 'penyelesaian dua negara' serta menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka dan keanggotaan penuhnya dalam PBB seawal mungkin.

Beliau menegaskan bahawa China sentiasa teguh menyokong usaha rakyat Palestin untuk memperjuangkan keadilan.

Video

Berita Berkaitan