- Lain-lain
Kerjasama Pragmatik China-ASEAN Membuahkan Hasil
Kerjasama pragmatik antara China dan negara ASEAN diperkasakan dan membuahkan banyak hasil sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun semasa sidang media pada Selasa ketika menjawab pertanyaan wartawan.
Menurut laporan, kereta api kargo di sepanjang rel China-Laos telah melepasi 60,000 perjalanan baru-baru ini dan jumlah hantaran kargo di landasan itu merekodkan peningkatan lebih 10 peratus untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.
Landasan kereta api China-Laos telah menjadi “laluan emas” antara China dan negara-negara ASEAN.
Sebagai reaksi berhubung pembangunan kerjasama antara China dan negara-negara ASEAN, Guo berkata jumlah perdagangan antara China dan ASEAN mencatat kira-kira AS$1 trilion pada 2024 dan kedua-dua pihak saling menjadi rakan dagang terbesar dalam tempoh lima tahun secara berturut-turut.
Sehingga Julai lalu, jumlah pelaburan antara satu sama lain melepasi AS$450 bilion.
Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 yang diadakan baru-baru ini juga menunjukkan kedua-dua pihak mengambil peluang pembangunan baharu dan meneroka potensi yang tanpa terhad dalam ruang baharu kerjasama.
Guo berkata, China bersedia bersama pelbagai pihak termasuk ASEAN untuk memperkasakan kesalinghubungan, bekerjasama untuk mendorong integrasi serantau dan globalisasi ekonomi agar keterbukaan dan kerjasama membawa manfaat kepada lebih banyak rakyat di pelbagai negara.
- CAEXPO Ke-23 akan Diadakan pada September 2026
- Lebih 500 Perjanjian Ekonomi, Dagang Dicapai di Ekspo China-ASEAN
- CAEXPO Bantu PKS Malaysia Masuk Pasaran China
- Syarikat Guangxi Usaha Tembusi Pasaran ASEAN, Manfaatkan E-dagang
- "AI + e-Sukan" Nyala Masa Depan
- Pusat Kerjasama Pengaplikasian AI China-ASEAN Dirasmikan
- 155 Perjanjian Ditandatangani dalam CAEXPO-22
- Pelajar China Kuasai Bahasa Melayu, Jadi Jambatan Komunikasi di CAEXPO
- Model Pelancongan dan Kebudayaan “AI Guilin” Dilancarkan Secara Rasmi di CAEXPO
- Naib Presiden China Han Zheng Hadir Majlis Perasmian CAEXPO ke-22