"AI + e-Sukan" Nyala Masa Depan
 |
Tapak acara. Foto oleh Wei Huan, People's Daily Online |
Minggu Industri e-Sukan China-ASEAN yang berlangsung pada 17 hingga 19 September, telah menarik kehadiran ramai peminat dan atlet e-sukan ke bandar Nanning, wilayah Guangxi.
Acara Pertandingan e-Sukan China-ASEAN menyaksikan atlet profesional dari China dan sepuluh negara ASEAN termasuk Vietnam dan Malaysia bersaing di pentas yang sama. Ekspo animasi dan permainan yang diadakan serentak pula menggalakkan integrasi mendalam “e-sukan + pelancongan budaya” melalui aktiviti khas seperti interaksi peragaan kostum (cosplay) serta pengalaman warisan budaya tak ketara.
Sebahagian acara penting Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22, minggu ini memfokuskan integrasi sukan dan industri, meneroka senario aplikasi inovatif “kecerdasan buatan + e-sukan”, di samping menggalakkan perkembangan terselaras seluruh rantaian industri.
Acara menyasarkan pemupukan IP e-sukan tersendiri Guangxi serta pembentukan sebuah mekanisme kerjasama serantau berkala, sekali gus merancakkan pembangunan ekonomi digital dengan suntikan momentum baharu.
 |
Pertandingan e-Sukan China-ASEAN 2025. Foto oleh Wei Huan, People's Daily Online |
 |
Zon komentari pertandingan. Foto oleh Wei Huan, People's Daily Online |
 |
Pasukan-pasukan terlibat bergambar secara berpasukan. Foto oleh Wei Huan, People's Daily Online |
 |
Acara dibanjiri orang ramai yang memeriahkan suasana. Foto oleh Wei Huan, People's Daily Online |
 |
Tapak acara. Foto oleh Wei Huan, People's Daily Online |
 |
Peminat animasi dan permainan menghadiri acara. Foto oleh Wei Huan, People's Daily Online |